Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Isteri saya telah keguguran banyak kali lebih kurang 11 - 13 kali Kami bergaduh. isteri tumbuk hidung saya sampai keluar berdarah.disebabkan aku telah lempang bini

Salam admin,
Tolong rahsiakan nama saya. Saya dah berkahwin 5 tahun dan masih belum dikurniakan anak. 

Isteri saya telah keguguran banyak kali lbeih kirang 11 - 13 kali dan kebanyakannya adalah sebab kecuaiannya. Dia xtahu pregnant makan green tea lah, makan durian lah, pergi yoga lah, makan laksa, pakai kasut tinggi.. Pernah kali terakhir mengandung dah masuk 2bulan lebih, 

dan lepas buat test gula dia keguguran..Perasaan saya sedih sangat2..Sy betul2 marah dkt dia sbb dia bagi harapan palsu pada saya dah keluar darah bnyk tpi ckp sket je.n bila jmpe doktor tiba2 ckp dah xde harapan..skang ni dia tgh nk turunkn kadar gula dlm badan.

Lagi satu, dah 5 tahun kawin ni dah cemuih dah nasihat ajak dia semayang la. sy tahu sy ni bkn baik sgt, tpi sy tkut dosa dan cuba nak jadi muslim yg baik..isteri saya selalu perleceh saya, kutuk saya konon2 nya nak berlagak alim depan dia..ustaz yg semayang bnyk pun bercerai-berai dia kata.. sy ingt kalau dia jaga sembahyang, jadi lah lembut sket hati dia.bila time maghrib je, nak ajak smbhyg macam2 alasan demam la..suka sangat tengok perangai tak senonoh siti saleha dlm dram 7 Hari Mencintaiku. 

Saya makin hari makin pening dengan perangai bini sy. Semalam dalam kereta dia duduk di sebelah selamber je call mak dia dan kutuk saya depan2 saya. Dia demam, dah masuk 4hari..Dia cakap x ada sape la nak hantar dia pergi hospital, lebih baik duduk hospital ade nurse boleh jaga..Padahal sebenarnya saya dah ajak dia pergi hospital 2hari lepas, dia yang tak nak pergi. 

Cerita dia konon2 nya saya xpandai jaga dia masa sakit la macam mak ayah dia jaga. Dia cakap dekat rumah xde air 100plus, dia mnta mangga kata saya lambat belikan padahal makan tgh hari, mkn malam ubat semua sy dh belikan. sy dah ckp dekat dia, sy nak beli mangga dkt tmpat buah potong tpi tgk mangga tu banyak lalat hinggap.so xjadi beli. hari2 sy tny, hari ni nak beli ape..bila x ada marah plak. sy akui mmg mak ayah dia jaga dia baik masa sakit, tapi apa saya buat baik dgn dia semua dia nak pangkah..bila dia buat mcm tu hati rasa sedih jgk la..sbb dia xbagi sy call mak sy buat macam tu. 

tup tup dia yg buat. xpela, mungkin dia sakit.saya sabor jerla. dah berhari-hari asyik kena pangkah je smpi kena kutuk lagi. saya nak make up la balik. masa tu smpi rmh malam sy mmg nak suruh dia rehat, sy nak keluar beli makanan. tapi isteri saya dengan egonya berkata' tepilah aku nak keluar beli makanan'.. Ya Allah sedihnya. Tanpa semena tangan aku hinggap di pipi bini aku. Aku rasa dia terlalu kurang hajar sangat..semua aku buat dia nak pangkah..


rupa2nya selepas dia call mak dia dan kami smpi ke suatu tmpt utk sy buat rawatan dia amik hp sy ketika rawatan dan baca ade kawan ajak keluar malam ni. dia ingt konon2nya saya ni nak keluar dgn kawan2 biarkan dia lapar xmakan..sedihnya hati aku laki, sebab ko dah kutuk aku dekat mak ko.ok la aku sabar. ni aku nk beli makanan utk ko pn ko masih nak pangkah aku lagi.sebenarnya, mesej tu dia yg reply dekat mmber aku dan aku xtaw pn mmber aku ajak aku keluar mlm tu sbb hp tu lepas dia reply


Kami bergaduh..dan isteri aku tumbuk hidung aku smpi keluar berdarah.disebabkan aku telah lempang bini aku, bini aku minta penebusan dekat aku.dia suruh aku toreh tangan aku dengan pisau..aku ckp xnak..dia suruh amik batang mop suruh pukul kaki sendiri smpi patah.ok aku pukul2 kaki aku xpatah. bini aku amik kayu tu pukul belakang peha kaki aku..kali pertama sakit.kali kedua teramat sakit smpi aku berguling2 menangis keluar air mata.


Mnta bantuan korg sangat, korg rase masalah kami ni ape sebenarnya ? Ade org hantar sihir pemisah ke ? Aku sedih jgk la.kadang2 ajak wife nak semayang wife aku selamber je cakap aku nak menunjuk dekat dia la. aku ckp kt dia klu mrh ke beristighfar, kena perli xpayah nak tnjuk baik sgt la..aku pening dan buntu. Harap KRT dpt siarkan kisah sy ni.tq



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Isteri saya telah keguguran banyak kali lebih kurang 11 - 13 kali Kami bergaduh. isteri tumbuk hidung saya sampai keluar berdarah.disebabkan aku telah lempang bini. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top