Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Antara Isi Kandungan Perjanjian Parti BERSATU dan PAKATAN HARAPAN Yang Ditakuti Orang Melayu Jika BN Tumbang PRU 14

PERJANJIAN BERSAMA KERANGKA KERJASAMA PAKATAN HARAPAN DAN PPBM
Ditandatangani pada hari ini 13 Disember 2016 Masehi bersamaan 13 Rabi'ul Awwal 1438 Hijrah di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


PERJANJIAN

BAHAWASANYA Pakatan Harapan (yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan AMANAH); dan PPBM dengan ini bersetuju dan komited akan perkara-perkara berikut:

1. Berjuang dengan berlandaskan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan 1957/63 terutamanya:

i. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3; serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153;

ii. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan; dan

iii. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sejajar dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

2. Memperjuangkan Agenda Reformasi dalam kebangunan-semula negara demi rakyat dengan berpaksikan nilai-nilai yang dikongsi bersama, termasuk kebenaran, keadilan dan tatakelola yang baik. 

3. Meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan - PPBM di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability).

4. Berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu calon sahaja yang akan mewakili pembangkang bagi melawan Barisan Nasional. 

5. Mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum Pilihanraya Umum ke 14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya.

6. Menggunakan manifesto bersama dalam Pilihanraya Umum ke 14.

7. Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, menggunakan logo bersama dalam Pilihanraya Umum ke 14.

8. Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihanraya, manifesto bersama dan merangka gerakerja pilihanraya secara bersama.

9. Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama.

Dato Seri Wan Azizah
Presiden PKR

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Hj Mohamad Sabu
Presiden Amanah

Tan Sri Muhyuddin Yassin
Presiden PPBM

Antara Dokumen perjanjian kerjasama BERSATU dan pakatan Harapan yang perlu anda ketahui 











https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Antara Isi Kandungan Perjanjian Parti BERSATU dan PAKATAN HARAPAN Yang Ditakuti Orang Melayu Jika BN Tumbang PRU 14. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top