Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mahkamah Tolak permohonan Semakan Kes Liwat Anwar, Ini Komen Saiful Bukhari Mangsa Liwat Berkenaan Tindakan Mahkamah Tersebut

PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan semakan semula kes liwat II membabitkan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada Rabu. Sebagai plaintif, saya berharap dan berdoa, dan perjalanan melalui proses mahkamah kini sudah sampai ke penghujungnya," kata Saiful dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bekas pembantu Anwar itu berkata beliau sedih apabila parti dan individu tertentu berkempen untuk menuntut pembebasan Anwar demi kepentingan politik.

"Mereka seolah-olah mengabaikan nasib dan perasaan saya sebagai mangsa yang menuntut keadilan dalam kes ini. Jelas sekali, kuasa politik dan survival lebih penting berbanding keadilan untuk insan kerdil ini," kata Saiful.

advertisement

Jelas Saiful, beliau melihat perkara tersebut sebagai ujian daripada Allah dan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menegakkan keadilan bagi dirinya.

"Apa yang lebih penting di sini adalah keluarga dan diri saya akan bergerak ke hadapan," katanya.

Pada Rabu, Anwar gagal dalam usahanya untuk dilepaskan daripada sabitan meliwat selepas permohonannya ditolak Mahkamah Persekutuan.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Besar Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mempengerusikan panel lima anggota, memutuskan bahawa permohonan Anwar untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar kerana meliwat Saiful, tidak mempunyai merit.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Mahkamah Tolak permohonan Semakan Kes Liwat Anwar, Ini Komen Saiful Bukhari Mangsa Liwat Berkenaan Tindakan Mahkamah Tersebut. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top