Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

wanita rugi 400,000 akibat ditipu seorang lelaki warga uk kini berhutang dengan 10 along


Johor Bahru: Wanita berusia 38 tahun mendakwa kerugian RM400,000 akibat ditipu seorang lelaki warga United Kingdom (UK) dikenali sebagai Schwarz, 50.



Irene Tan yang berasal dari Jasin, Melaka dan bekerja di hotel di Melaka mendakwa kini berhutang dengan 10 along selain lebih 10 kenalan keluarga demi mendapatkan wang untuk dipindahkan ke akaun bank lelaki itu.

Menurutnya, dia mengenali dan pernah bertemu dengan Schwarz ketika menuntut di sebuah kolej di Kuala Lumpur sebelum terputus hubungan sejak 2007.

Katanya, dia kembali berkomunikasi dengan Schwarz menerusi laman sosial Facebook (FB) pada Oktober 2015.

Katanya, Schwarz yang mengaku bekerja sebagai kontraktor binaan mempengaruhinya untuk menyerahkan RM400,000 secara berperingkat mulai Oktober 2015 hingga Mei 2016 dengan alasan mengalami masalah perniagaan.

“Saya memajak rumah selain meminjam daripada kenalan sebelum berhutang dengan along kerana simpati dengan Schwarz yang berstatus duda.

“Schwarz berjanji akan mengembalikan wang dalam tempoh dua hingga tiga bulan namun gagal berbuat demikian dan berulang-kali mempengaruhi saya untuk menyerahkan wang.

“Saya melaporkan perbuatan Schwarz di Balai Polis Banda Hilir, Melaka pada 14 November lalu,” katanya yang membuat aduan kepada Ketua Biro Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan MCA Johor Bahru Michael Tay Chee Boon hari ini.





















https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: sedih

TERIMA KASIH SUDI BACA wanita rugi 400,000 akibat ditipu seorang lelaki warga uk kini berhutang dengan 10 along. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top