Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Video : Kemunculan Penderma Arab 2.6 Bilion Mengejutkan Orang Ramai

Bangsar – ‘penderma Arab’ membuat penampilan sekali lagi. Memakai pakaian tradisi Arab, lelaki itu membuat kemunculan pertamanya ketika perhimpunan BERSIH 4 perhimpunan tahun lepas.


Dia kemundiannya mendendangkan ‘Sha La La La’ – lagu Danish Glam Rock Band, The Walkers.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendendangkan lagu itu di majlis makan malam peribadi meraikan Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang melawat Malaysia baru-baru ini.

“Sha la la la, mari Datang bersama-sama,” kata ‘orang Arab’ itu.Lelaki itu, Mok Sek Chool, memberitahu Malaysiakini beliau berada di sini untuk perhimpunan BERSIH kerana “kerajaan tidak mampu untuk menjawab” soalan berkaitan isu derma RM2.6 bilion.

“Sebab itu saya membuat pakaian ini, untuk membuat orang tahu (mengenai isu itu),” katanya.Sementara itu, pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow melaporkan di Facebook bas-bas yang mereka sewa untuk penyokong dari utara telah menarik diri.



Menurutnya kesemua lima buah bas yang disewa oleh DAP Pulau Pinang telah dibatalkan pada saat akhir dan mendakwa pengusaha bas tidak berani untuk mengambil risiko permit mereka dibatalkan.

Namun, katanya, mereka dalam perjalanan dengan menaiki kereta, melalui jalan udara dan kereta api. – KiniTV



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Video : Kemunculan Penderma Arab 2.6 Bilion Mengejutkan Orang Ramai. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top