Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

syarikat Penjagaan Rambut Guna Logo Halal Tidak Sah Untuk Tarik Pelanggan Islam

GEORGE TOWN - Sebuah syarikat penjagaan rambut di Jalan Datuk Keramat, di sini dikesan menggunakan logo halal tidak sah, bagi menarik pembeli beragama Islam.

Penggunaan logo halal bukan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu dikesan dalam pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) hari ini.



Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Nur Hanisah Othman berkata, pemeriksaan ke atas kedai itu dibuat kira-kira 10 pagi setelah mendapat aduan orang ramai mengenai penggunaan logo halal yang meragukan.

"Hasil pemeriksaan kami mendapati di pintu masuk kedai itu dan beberapa barangan penjagaan rambut dijual antaranya syampu, perapi, krim serta minyak rambut menggunakan logo halal yang tidak sah iaitu keluaran sebuah syarikat swasta.

"Pemilik syarikat itu juga gagal mengemukakan sebarang surat pengesahan halal," katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini hari ini. - Bernama



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA syarikat Penjagaan Rambut Guna Logo Halal Tidak Sah Untuk Tarik Pelanggan Islam. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top