Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Gagal Bayar Cukai GST RM4.2 Juta, Ini pekembangan Terbaru Kes Datuk Vida

Pada 13 Oktober, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal ke muka penyata GST dan membayar cukai GST membabitkan RM4.2 juta.

Dr Vida serah representasi dalam kes tak bayar GST



IPOH: Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida akan mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan berhubung 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menyediakan representasi bagi pertuduhan itu ketika kes disebut semula di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah pihak pendakwaan sudah bersedia untuk perbicaraan kes terbabit selepas tertuduh kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 13 Oktober lalu, Vida, 45, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan penyata GST dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Razak di sini.

Ahli perniagaan itu didakwa atas 16 pertuduhan gagal membayar cukai GST mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 16 lagi pertuduhan adalah atas kegagalannya mengemukakan penyata GST dan dia didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM1.76 juta bagi semua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.

Tertuduh diwakili peguam Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.freemalaysiatoday.com/






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Gagal Bayar Cukai GST RM4.2 Juta, Ini pekembangan Terbaru Kes Datuk Vida. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top