Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung-Dira Abu Zahar akhirnya membuka mulut mengakui



Tinggal Berasingan, Dira Abu Zahar Tunggu Keputusan Mahkamah


Memilih untuk berdiam diri mengenai status perkahwinanya yang bergolak, Dira Abu Zahar akhirnya membuka mulut mengakui bahawa beliau dan suami, Helmi Yusof sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung. Malah pada ketika ini juga, Dira hanya menunggu keputusan rasmi daripada mahkamah berikutan kemelut rumah tangga mereka sejak beberapa bulan lalu.



“Begitupun, memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini. Baik saya mahupun dia, masing-masing meneruskan kerja kami seperti biasa. Saya sendiri ketika ini hanya menunggu keputusan rasmi kerana ia turut membabitkan pihak mahkamah, ada perkara belum diselesaikan”

“Pendek kata, ianya merupakan salah kedua-dua pihak kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dalam hidup berumah tangga, ada elemen yang perlu dijaga, tetapi akhirnya ianya menjadi tidak terkawal,” katanya kepada Berita Harian Plus mengenai status perkahwinannya yang sebelum ini dikatakan sudah berpisah dengan suami sejak awal tahun lalu.

Menafikan kehadiran pihak ketiga sebagai punca perpisahan, Dira menjelaskan bahawa keretakan hubungan mereka berpunca dari mereka sendiri yang sibuk dengan tuntutan kerja sehingga melupakan tanggungjawab sebagai suami isteri. Menurut sumber, Helmi dikatakan telah melafazkan talak ke atas Dira sekaligus mengesahkan gosip pergolakan perkahwinan mereka.

Terdahulu Dira dan suami didakwa telah bercerai, bagaimanapun ketika ditanya mengenai kemelut rumah tangga mereka, masing-masing memilih untuk berdiam diri tanpa memberikan sebarang komen. Selain itu, Dira turut dikatakan mengalami kemurungan teruk sehingga dikejarkan ke hospital pada malam beliau diceraikan dan dirawat di hospital selama seminggu.









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung-Dira Abu Zahar akhirnya membuka mulut mengakui . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top