Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya Orang Pertama Arah Siasatan Keatas1MDB Kata Najib, Tapi Bila Switzerland Mahu siasat 1MDB Najib Takut Dan Tidak Benarkan Siasatan Dijalankan

PETALING JAYA: Dalam temu bual dengan majalah mingguan Jepun, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau adalah orang pertama yang mengarahkan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Disiarkan dalam Nikkei Asian Review pada Selasa, perdana menteri dilaporkan berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah mengetuai siasatan terhadap 1MDB.



“Saya adalah orang pertama yang mengarahkan pelbagai pihak berkuasa di Malaysia untuk menjalankan siasatan,” kata Najib.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

“Saya sentiasa menjelaskan bahawa kerjasama sepenuhnya perlu diperluaskan kepada mana-mana penyiasatan dengan syarat ia mengikut undang-undang negara kita,” kata Najib.“Tambahan pula, seperti yang saya telah nyatakan secara konsisten, jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” katanya.Najib berkata isu 1MDB telah dipolitikkan oleh ‘elemen-elemen tertentu dalam Malaysia’ dengan cubaan mengeksploitasi isu tersebut untuk ‘manfaat politik’ peribadi.

Beliau juga mendakwa orang-orang tertentu memberikan ‘maklumat palsu atau tidak lengkap’ kepada pihak berkuasa asing.Najib berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Nikkei Asian Review menjelang lawatan tiga hari beliau ke Tokyo pada Selasa.Siasatan Malaysia ke atas 1MDB membuat kesimpulan bahawa kelemahan wujud dalam pengurusan 1MDB, tetapi tiada seorang pun daripada eksekutifnya didakwa dengan penyelewengan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat sedang menyiasat entiti dan mereka yang mempunyai kaitan dengan 1MDB berhubung kemungkinan berlakunya pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.Dalam temu bual dengan Nikkei Asian Review, Najib juga bercakap mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, hubungan dua hala Malaysia dengan China dan hubungan Malaysia dengan Jepun.


Namun terbaru apabila Switzerland mahu siasat 1MDB Najib tidak izinkan berikut melalui peguam

PETALING JAYA: Malaysia tidak boleh dihukum kerana enggan membantu Switzerland di bawah bantuan undang-undang bersama (MLA) berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Peguam S N Nair berkata, MLA adalah perjanjian persendirian antara 2 negara berdaulat sama ada mereka boleh bersikap memilih apabila menghulurkan bantuan, atau menolak, tanpa memberi sebarang sebab.

“Ia adalah budi bicara Malaysia dalam kes 1MDB untuk tidak melanjutkan bantuan kepada pihak berkuasa Switzerland,” kata Nair, sambil menambah Putrajaya boleh menawarkan bantuan pada masa akan datang dalam kes lain.Beliau berkata, ia secara diplomatiknya tidak betul kerana tidak menawarkan bantuan apabila diminta kerana terdapat perjanjian bersama antara 2 kerajaan.

Bagaimanapun katanya, di mana perjanjian antarabangsa atau konvensyen PBB terlibat, Malaysia boleh menghadapi sekatan antarabangsa jika pihak berkuasa di sini gagal menghormatinya.“Dalam kes itu, Malaysia perlu mematuhi kepada mereka kerana kita menandatangani dan mengesahkan perjanjian tersebut,” kata Nair sambil menambah beliau hanya menyatakan kedudukan undang-undang dalam perkara 1MDB.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber minggu lepas yang pihak berkuasa Malaysia tidak akan membalas permintaan negara itu untuk menyiasat penyelewengan dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.“Mereka hanya berkata di bawah rangka kerja undang-undang, mereka tidak dapat membalasnya,” Lauber memberitahu Financial Times UK (FT) dalam satu temu bual.

FT melaporkan Pejabat Peguam Negara Malaysia menafikan ia cuba menggagalkan siasatan Switzerland tetapi berkata negara “polis Malaysia meneruskan siasatan jenayah berhubung perkara berkaitan 1MDB”.FT memetik Pejabat Peguam Negara sebagai berkata “Peguam negara berpendapat permintaan ini boleh menjejaskan perkara jenayah di Malaysia”, sambil menambah “tiada isu Malaysia menyekat siasatan jenayah Switzerland”.

Pada 28 Oktober, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu pemberita, pihaknya dalam proses menjawab permintaan ked-2 MLA oleh Switzerland.Ini berlaku selepas Apandi berkata beliau tidak menerima permohonan pertama.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya Orang Pertama Arah Siasatan Keatas1MDB Kata Najib, Tapi Bila Switzerland Mahu siasat 1MDB Najib Takut Dan Tidak Benarkan Siasatan Dijalankan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top