Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Himpunan BERSIH 5, Jangan Takut Dengan Gertakan Baju Merah - Lihat Kenyataan Penuh TMJ

Pengerusi Bersih Maria chin Abdullah mengingatkan rakyat agar tidak takut dengan ugutan dan tindakan samseng khususnya dari kumpulan baju merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Yunos.Beliau sebaliknya memberi semangat kepada mereka agar tidak berganjak daripada tekad untuk turun ke perhimpunan aman Bersih 5 pada 19 November ini.

"Banyak halangan terhadap Bersih. Ugutan bunuh, samseng Umno, memukul penyokong Bersih tetapi keberanian rakyat itu adalah satu yang kita bangga."Kita kuat dan kita tak takut. Kita tak boleh tunduk kepada sistem yang zalim ini, kita tidak boleh tunduk kepada halangan Umno baju merah. Kita gelombang rakyat Malaysia," katanya ketika berucap di ceramah Bersih di Klang Ahad lalu.

Beberapa siri konvoi Bersih bermula 1 Oktober lalu menghadapi gangguan daripada kumpulan baju merah yang bertindak ganas. Antaranya berlaku ke atas peserta konvoi di Teluk Intan, Rawang dan Ampang, selain di Labuan, Tanjung Malim, dan Bangi.Maria berkata, rakyat tidak perlu melayan provokasi ini sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada tuntutan Bersih 5 yang secara keseluruhannya mahukan pilihan raya yang adil dan bersih serta pentadbiran yang demokratik.

"Kita adalah satu konvoi malaysia yang menyuarakan hasrat rakyat dan ini kita mesti bawa ke dataran merdeka pada 19 November."Tuntutan Bersih 5 sama dengan Bersih 4 kerana tuntutan bersih 4 belum ditunaikan. Kita hanya mahu pilihan raya yang bersih dan urus tadbir yang demokratik, termasuk penjelasan skandal 1MDB," tegasnya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan konvoi Bersih 5 di seluruh negara sehingga berjaya mencipta gelombang menjelang 19 November ini."Konvoi Bersih kita sudah berjaya. Saya ucap tahniah kepada semua koordinator dari setiap sektor dari Utara, Timur, Barat, Selatan, Sabah dan Sarawak.

"Kita gelombang rakyat Malaysia. Kita tidak boleh berhenti lagi dan gelombang ini akan membawa kita ke 9 November. Hari itu adalah satu titik dalam sejarah Malaysia, suara rakyat untuk turunkan kerajaan kleptokrasi," katanya.


Terkini TMJ telah kongsikan bahawa jangan takut ugutan kumpulan baju merah walau siapapun beliau





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Himpunan BERSIH 5, Jangan Takut Dengan Gertakan Baju Merah - Lihat Kenyataan Penuh TMJ. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top