Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nak Makan Pun Susah Kini Hamil Sorang lagi, Wanita Ini Kongsi Kisah Liku- Liku Kehidupan Yang Patut Anda Baca

Disini sy cuma nak share cerita sy suami isteri.Saya berkahwin pada umur 19 tahun..tahun akhir ketika ambik diploma..suami pd ketika itu pon sama belajar dgn sy tapi umur tua 3 tahun drpd saya. Perkahwinan kami dipersetujui oleh kedua belah keluarga. 


Mak abah sy risau anak daranya duduk jauh dr keluarga..bimbang tersasar dr landasan agama. Jadi kami berkahwin. Kenduri mmg keluarga yg tanggung tp tak buat besar2 dan mewah2 pon. Sekadar akad nikah dan kenduri sahaja sbb ayah sy kata niat sekali buat kenduri nak bg org makan. Begitu juga keluarga disebah mertua sy. Kami tiada pelamin tidak bersanding. Keluarga sy pon tidak meletakkan sebarang hantaran. Cukuplah hanya duit mas kahwin.
Selepas kami sama2 grad kami hidup sendiri. 2 tahun lepas kami berkahwin kami dikurniakan anak. Pada hari kelahiran putera kami, suami dapat tawaran kerja kerajaan. Alhamdulillah.. 

walaupon jawatan yg rendah sahaja..bukan jawatan diploma tp kami bersyukur sgt2. Kedua belah keluarga suka sgt. Pada waktu itu sy masih tidak bekerja. Takde rezeki. Sedih jugak sbb kalau boleh taknak bergantung hidup dgn suami sahaja. Nak mintak beli baju dalam seluar dalam pon malu. Suami pada waktu itu hanya bergaji RM1200 tp almaklumlah..dengan duit itu nak bayar sewa rumah, susu pampers anak. Kami pon hanya ada motor sahaja. 

Ulang alik ke klinik check up bulanan anak ke pasar ke mana2 sahaja dengan motor sahaja. Saya tak pernah mintak duit nafkah tapi suami tetap bagi RM50 sebulan. Duit tu jugak sy simpan buat beli brg2 dapur nak masak. Mak sy nasihatkan pada waktu itu mohon juga jawatan utk lepasan diploma. Alhamdulillah..tak lama lepas mohon suami sy dpt panggilan temuduga..Jauh temuduganya di Perak.

Awal tahun 2008 suami sy dapat kerja dengan jawatan lepasan diploma..bukan kepalang sukanya keluarga kami..alhamdulillah..3 bulan selepas itu kita org pon survey kereta..baik kereta baru atau second hand. Dapatlah sebijik kereta second hand tapi sangat elok keadaannya. Kami pon berpindah ke umah sewa yg lebih selesa kerana keluarga sy kerap dtg. Atok nenek rindu nak main dengan cucu. Pada bulan 7/2008 sy mengandung anak ke-2. 

Lega rasa kerana ketika itu taraf hidup dah meningkat sedikit. Mampu utk menyediakan keperluan baby selengkapnya. Dalam waktu yg sama sy ada mohon kerja dgn kerajaan negeri kelahiran sy. Bila kandungan dah masuk 6 bulan hampir setiap bulan sy balik kg kerana perlu menghadiri temuduga. Saya pon tak memilih jawatan. Dari serendah2 gred sy mohon. Sampailah lagi seminggu due bersalin sy, sy balik bersendirian dgn anak utk hadir temuduga. Waktu itu suami tak dapat teman kerana dia perlu hadir ke seminar. Sehabis mungkin dia mencari pengganti tapi tiada yg nak menggantikannya. Sy ckp takpe..doakan sy tak bersalin dalam perjalanan pergi. Dah sampai umah mak abah takpe..

Pada hari sy melahirkan anak ke-2 sy, selepas masuk wad mak sy call katanya sy berjaya dalam temuduga kerja. Alhamdulillah..tak tahu nak cakap betapa gembiranya sy. Dapat baby dan kerja dalam waktu yg sama.Hampir 2 tahun kami suami isteri PJJ akhirnya kami dapat duduk sebumbung. Selama 2 tahun suami berusaha mintak tukar sbb saya takboleh tukar kerana jawatan dibawah kerajaan negeri. Selama 2 tahun itulah sy membesarkan anak2 sendirian. Kami suami isteri berjumpa sebulan sekali @ 2 kali sahaja kerana kekangan kewangan. Nak bayar duit kereta, umah sewa sy, duit susu pampers anak2, duit taska anak2..

berkat doa kedua mak ayah akhirnya permohonan tukar suami pon diluluskan. 6 tahun selepas kelahiran anak ke 2 sy dah pon bersalin anak ke 3..satu-satunya puteri dalam rumah tangga kami.Sekarang kami dah pon membeli rumah. Insya-Allah sangat selesa untuk kami berlima. Apa yg sy nak sampaikan jangan menidakkan setiap kelahiran anak2 akan ada rezeki yg akan dibawa oleh sikecil itu untuk ibu dan bapanya. Janganlah mengeluh bila tahu mengandung lagi ketika anak yg sedia ada masih kecik. 

Utk ibu bapa yg mana ada anak perempuan, kalau anak perempuan anda sudah bersedia utk berkahwin makan kahwinkanlah mereka. Jangan dihalang hanya kerana mereka masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan. Jangan dihalang dengan meminta hantaran yg tinggi. Seandainya lelaki tersebut elok budi pekertinya layak menjadi imam dan ketua keluarga. Rezeki selepas kahwin tiada siapa yg tahu. Alhamdulillah.. 11.11.2016 adalah ulang tahun ke 11 perkahwinan sy. Sape2 yg sudi mohon doakan agar ikatan kami suami isteri berkekalan sehingga akhir hayat.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Nak Makan Pun Susah Kini Hamil Sorang lagi, Wanita Ini Kongsi Kisah Liku- Liku Kehidupan Yang Patut Anda Baca. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top