Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Najib Seronok Nyanyi Lagu Shalala lala Ini Sindiran Pedas Tun Mahathir Kepada Najib

Kita tiada duit. Najib banyak duit boleh senyum, menari: Tun Dr Mahathir Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mendapat banyak kerusi di Parlimen pada masa akan datang.Beliau yang juga Pengerusi Bersatu berkata, walaupun pembangkang tidak mempunyai duit sebanyak yang dimiliki Datuk Seri Najib Razak, usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri itu tidak akan pernah terhapus.


“Selagi kita tak dapat kerusi melebihi Barisan Nasional, kita akan tetap kekal sebagai parti lawan.“Dan kita takde duit sebanyak dia (Najib), dia ada duit banyak, orang Amerika kata kes penipuan terbesar. Satu dunia kenal kita, kita famous.

“Najib masih boleh senyum, menari,” katanya berucap pada Forum Khas Bersatu Meneroka Masa Depan yang diadakan di Dewan Bukit Jelutong, di sini, malam tadi.Susulan itu, beliau berkata, parti pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa untuk melaksanakan janji-janji melainkan dengan menyeru rakyat bersatu padu memperjuangkan matlamat bersama.


“Rakyat kena ingat, kekuatan sesuatu kumpulan datang dari perpaduan, walau datang dari kumpulan lemah“Kalau kita tak buat apa-apa, ia tiada makna. Kita kena bersatu untuk melawan.. satu lawan satu,” katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Najib Seronok Nyanyi Lagu Shalala lala Ini Sindiran Pedas Tun Mahathir Kepada Najib . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top