Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Akhirnya Najib Buka Mulut Tentang Isu 1MDB

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memang sengaja dipolitikkan dan pihak tertentu dalam Malaysia cuba mengeksploitasinya untuk kepentingan politik peribadi mereka.


Katanya, mereka yang telah "menyalurkan kepada pihak berkuasa asing maklumat yang adakalanya salah atau tidak lengkap."

"Mereka yang berada di luar Malaysia adakalanya tidak mudah untuk menerima kompleksiti ini, tetapi mereka harus diingatkan supaya tidak terjebak dalam perkara ini yang kini merupakan isu politik dalam negara," kata Najib dalam interviu bertulis dengan Nikkei Asian Review sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jepun mulai hari ini.

Lawatan itu adalah atas jemputan rakan sejawatannya Shinzo Abe.Najib berkata pihak berkuasa Malaysia, yang sebenarnya telah memulakan penyiasatan dalam isu 1MDB, dan beliau sendiri yang terlebih dahulu mengarahkan pelbagai pihak berkuasa dalam Malaysia untuk menjalankan siasatan.

-- BERNAMA



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Akhirnya Najib Buka Mulut Tentang Isu 1MDB. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top