Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kenaikan Harga Barang Dan Banyak Cukai, Ustaz "UMNO" Minta Rakyat Malaysia Berdoa Dan Bertawakal Kepada Allah

Dewan Ulama PAS Selangor kesal tindakan segelintir penceramah agama yang mengajak orang ramai untuk hanya berdoa dan bertawakal kepada Allah semata-mata, dan menelan kezaliman, terutama apabila harga barang naik.

Sebaliknya, Islam turut menganjurkan tindakan pencegahan tatkala Laporan Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan ekonomi negara setiap tahun, yang jelas membuktikan kerakusan dan keborosan pemerintah, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Selangor, Ustaz Kamalulhysham Mohd Suhut.


“Perkara pertama yang harus diteliti juga menjadi persoalan utama ialah, siapa yang menjadi mangsa terbesar di sebalik beberapa siri pengumuman harga barang di Malaysia? Sudah pasti golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa menanggungnya. Bukankah mereka sedang dizalimi?

“Bukankah Islam melarang sebarang bentuk kezaliman? Sedarkah kita, dengan kenyataan kita itu menyebabkan mereka terpaksa menelan segala kezaliman juga kesengsaraan demi menjaga kepentingan golongan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, Dewan Ulama PAS Selangor menyarankan asatizah berkenaan berhati-hati atau terus berhenti daripada mengelirukan golongan marhaen, dengan pendapat yang terbukti menyeleweng dan hanya membodek pemerintah.

“Dewan Ulama Pas Negeri Selangor menggesa kerajaan agar tidak terus boros berbelanja dengan mengetepi kesan kesengsaraan rakyat yang terpaksa menanggung ketirisan demi ketirisan yang akhirnya merugikan,” katanya.

Kamalulhysham berkata, sudah tiba masanya semua pihak menerima sistem pengurusan ekonomi Islam secara keseluruhannya, yang terbukti mampu menangani krisis integriti ketirisan seperti rasuah, pecah amanah, pembaziran dan kronisme.


ikuti ceramah ringkas Ustaz Fatrul Bari Isu Ini 





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kenaikan Harga Barang Dan Banyak Cukai, Ustaz "UMNO" Minta Rakyat Malaysia Berdoa Dan Bertawakal Kepada Allah . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top