Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kemaluan Lelaki Putus Dipotong Awek Thailand

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit Pos Pulat di sini, putus kemaluannya disyaki dipotong seorang wanita warga Thailand  berusia 19 tahun, malam semalam.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam dalam kebun pisang di belakang surau Kampung Gua Air yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Pos Pulat.

“Sebelum kejadian mangsa, 36 tahun,  tinggal di rumah kongsi pekerja ladang di Pos Pulat, telah ke Kampung Gua Air menaiki sebuah motosikal bersama seorang rakannya.

“Mangsa tiba di kampung itu untuk menunaikan solat Maghrib, manakala rakannya duduk di kedai berhampiran sambil berbual menerusi telefon bimbit,” katanya kepada pemberita di sini, lapor Bernama.

Beliau berkata, sebaik selesai solat Maghrib, mangsa turun dari surau itu lalu seorang wanita yang dikenalinya mengheret tangannya masuk ke kebun pisang sebelum wanita itu membuka seluar mangsa dan tanpa disedari, wanita itu memotong kemaluannya.   

Katanya, mangsa menyedari kemaluannya dipotong selepas terasa sakit lalu meraung meminta tolong, manakala suspek terbabit sudah beredar dari tempat kejadian.

“Imam surau berkenaan yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kemaluan mangsa berlumuran darah. – SARAWAKVOICE.COM



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kemaluan Lelaki Putus Dipotong Awek Thailand . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top