Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

India menduduki tempat tertinggi dengan angka kematian berpunca daripada aktiviti selfie.

India negara paling banyak korban selfie
RSS Sinar Harian
Gambar hiasan


NEW DELHI - INDIA. Sebuah analisis terbaru mendakwa India menduduki tempat tertinggi dengan angka kematian berpunca daripada aktiviti selfie.


Menurut laporan Washington Post, analisis tersebut dihasilkan oleh cendiakawan dari Universiti Carnegie Mellon dan Indraprastha Institute of Information di New Delhi.


Analisis bertajuk 'Me, Myself and My Killfie: Characterizing and Preventing Selfie Deaths' berkenaan mengatakan terdapat 126 kes kematian ketika mengambil selfie di seluruh dunia.


Daripada jumlah tersebut, 76 kes berlaku di India.
Pakistan menduduki tempat kedua dengan 9 kes kematian dan diikuti oleh Amerika Syarikat dengan 8 kes, Rusia (6 kes), China dan Filipina (4 kes) dan Sepanyol (3 kes).



Indonesia, Portugal, Peru dan Turkey pula mengumpul 2 kes diikuti oleh Romania, Australia, Mexico, Afrika Selatan, Itali, Serbia, Chile, Nepal dan Hong Kong melaporkan 1 kes.


Penyelidik juga melaporkan lelaki lebih cenderung mengambil selfie merbahaya berbanding wanita.
Majoriti mangsa pula berusia kurang dari 24 tahun.


Antara kematian selfie 'biasa' melibatkan jatuh bangunan dan jatuh gunung (29 kes) diikuti dengan dilanggar kereta api (11 kes)..

#BI1M'SIA
#NKC
#ISDDLN



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA India menduduki tempat tertinggi dengan angka kematian berpunca daripada aktiviti selfie.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top