Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ayah...datanglah ucapkan tahniah-Anak bongsu daripada tiga beradik itu terpisah dengan bapanya

*2016/11/17*
*Bharian.com.my*


KOTA KINABALU: "Saya sudah menunaikan harapan keluarga untuk mendapat keputusan cemerlang...saya harap ayah datang mendakap serta mengucapkan tahniah." Itu luahan Siti Roaisyah Mudsi, 12, murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Inanam Laut, dekat sini, yang memperoleh 5A, 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di seluruh negara, pagi tadi. 

Anak bongsu daripada tiga beradik itu terpisah dengan bapanya, Mudsi Abdul Rasi, 33, sejak Februari tahun lalu selepas ibunya, Sarima Sabatar meninggal dunia ketika berusia 34 tahun akibat komplikasi buah pinggang pada Februari 2015. "Harapan keluarga (untuk mencapai keputusan cemerlang UPSR) sudah saya tunaikan.


 Harapan saya sebagai seorang anak (bertemu bapa yang terpisah) kerana saya sangat menyayangi ayah walaupun dia pergi jauh dari saya," katanya ketika ditemui di sekolahnya, hari ini. Siti Roaisyah yang kini tinggal bersama kakak, abang serta nenek, Jijam Sirum, 56, mengakui sedikit kecewa kerana tidak berjaya mendapat semua A namun tetap berpuas hati kerana sudah berusaha dengan sebaik mungkin. 


"Harapan arwah ibu sudah saya tunaikan (cemerlang dalam UPSR). Arwah ibu selalu berpesan yang saya ini harapan untuk membantu keluarga pada masa depan, sebab itulah saya sentiasa mengutamakan pelajaran. "Hampir setiap hari saya menghabiskan masa di perpustakaan selepas waktu persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran sehingga lewat pulang ke rumah.


 "Sebab inginkan kejayaan, jadi kena banyak berkorban. Oleh kerana terlalu banyak masa untuk pelajaran, saya terlupa masa untuk diri sendiri dan menjaga kesihatan. "Pernah juga sakit dan demam tetapi saya datang juga ke sekolah kerana tidak mahu tertinggal dalam sesi pembelajaran," katanya.

 Dia juga tidak mahu memasuki sekolah berasrama jika mendapat tawaran kerana mahu tinggal bersama keluarga dan membantu nenek melakukan kerja rumah.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213931?m=1
*#JohoRespondTeam*


*Kebiasaan kejayaan anak akan dirai dan dicanang, berbeza dengan anak cemerlang ini hanya mahu ayahnya datang untuk mendakapnya sebagai seorang anak😭😭*



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Ayah...datanglah ucapkan tahniah-Anak bongsu daripada tiga beradik itu terpisah dengan bapanya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top