Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Bayi Perempuan Di Culik Dalam Hospital Berjaya Di Temui, Ibu Bapa Harus Ambil Ikhtibar

Tanah Merah – Polis menahan pasangan suami isteri yang disyaki menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari di Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, bayi itu disedari diculik kira-kira 9 malam dan hasil tindakan pantas polis, bayi itu dikesan berada dengan pasangan berusia 20-an itu di Selising, Pasir Puteh, pada kira-kira 10 malam.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah bersama bayi yang dikenal pasti oleh ibu bapanya serta petugas hospital, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Suzaimi berkata, suami isteri itu direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Bapa bayi itu, Mohd. Ihtisyamuddin Mohd Ashari, 29, menyedari mengenai kehilangan bayinya itu selepas diberitahu isterinya Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, semasa dia datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu. – Bernama




https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Bayi Perempuan Di Culik Dalam Hospital Berjaya Di Temui, Ibu Bapa Harus Ambil Ikhtibar. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top