Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

5 Jenis Penyakit Kelamin Sangat Bahaya Pada Wanita Boleh Menyebabkan Kemandulan Dan Kematian

Penyakit kelamin merupakan suatu penyakit yang menyerang organ pembiakan yang menimbulkan gangguan-gangguan tertentu. Penyakit ini termasuk penyakit berjangkit yang boleh menyerang siapa saja, baik laki-laki mahupun perempuan.

Hanya saja, kemungkinan perempuan menderita penyakit kelamin jauh lebih besar. Namun sayangnya, banyak kaum hawa yang tidak menyedarinya sehingga menanganinya agak terlambat. Padahal kesannya cukup mengerikan kerana boleh menyebabkan kematian dan kemandulan. Tentunya hal ini merupakan perkara yang sangat menakutkan bagi kaum wanita.

5 Jenis Penyakit Kelamin Sangat Bahaya Pada Wanita Boleh Menyebabkan Kemandulan Dan Kematian

Oleh sebab itu, sangat penting untuk diketahui apa saja ciri-ciri penyakit kelamin pada wanita. Agar dapat seawal mungkin dikesan bila mengalami gejala-gejala dan boleh secepat mungkin dirawat. Lantas, apa saja ciri-ciri penyakit kelamin pada wanita? Berikut ulasan lebih lanjut.

Penyakit kelamin pada wanita ada bermacam-macam jenisnya, diantaranya adalah:

 1. Jangkitan Genital

Penyakit kelamin ini boleh menimbulkan gejala dan boleh juga tidak menimbulkan gejala. Biasanya gejala yang muncul adalah keluarnya cairan kemaluan yang tidak wajar yang disertai dengan rasa gatal dan panas disekitar kemaluan. Selain itu penyakit ini ditandai dengan adanya rasa nyeri saat berhubungan intim. Masa inkubasi penyakit ini berkisar 14-21 hari dan disebabkan oleh mikrob chamydia.

2. Penyakit Syphilis

Penyakit kelamin ini terbahagi atas dua tahap, dimana tahap pertama ditandai dengan munculnya chanre iaitu melecur yang sangat menular dan menimbulkan rasa sakit di kawasan kemaluan atau di dalam vagi * a dan akan hilang selepas beberapa minggu.

 Kemudian tahap kedua ditandai dengan munculnya bercak yang tidak gatal seluruh badan termasuk telapak tangan dan kaki. Pada masa tersebut kelenjar getah bening akan membesar, namun tidak menimbulkan rasa sakit dan muncul bintil seperti kutil di sekitar dubur atau mulut kemaluan. Masa inkubasi penyakit ini paling lama berbanding penyakit kelamin lain iaitu berkisar 9-90 hari.

 3. Trichomonal Vaginitis

Gejala penyakit ini ditandai dengan keluarnya cairan berwarna kuning kehijauan dan menimbulkan kegatalan disekitar kemaluan, terasa sakit ketika melakukan hubungan intim. Penyakit ini boleh disebabkan oleh banyak faktor, antaranya kerana hubungan intim, kurangnya kebersihan kloset, baju kotor, air mandi, tuala maupun keadaan vagi * a yang lembap atau kerana jarang menukar tuala wanita ketika haid. Masa inkubasi penyakit ini berlangsung kira-kira 4 hingga 21 hari.

4. Herpes Genitalis

Gejala penyakit ini ditandai dengan munculnya rasa gatal disekitar kemaluan yang diikuti dengan munculnya lepuh kecil yang sakit dan kadang-kadang juga muncul di paha dan punggung. Rasa panas akan hilang dalam 24 jam, namun meninggalkan bisul kecil yang sakit dan berwarna merah yang kadang-kadang mengelupas. Umumnya bekas lepuh yang mengering boleh melecur kembali.

 Gejala berat berlaku di sekitar mulut rahim, di mana pada mulanya akan muncul rasa terbakar di tempat di mana lepuh akan muncul. Apabila lepuh telah muncul maka boleh menyebabkan demam, sakit otot, keletihan hingga sakit kepala. Penyakit ini boleh menyerang labia minora, labia mejora, klitoris hingga leher rahim tanpa ada gejala klinikal.

Penyakit ini boleh dengan mudahnya dihantar oleh ibu hamil kepada calon bayinya. Bila penularan berlaku pada trimester pertama, maka akan mengakibatkan keguguran. Apabila penularan berlaku pada trimester kedua, maka boleh menyebabkan kelhairan pra-matang, menyebabkan beberapa kelainan walaupun lahir dalam keadaan meninggal.


 5. gonorhea

Penyakit ini ditandai dengan gejala timbulnya cecair kemaluan atau cecair uretera yang tidak normal dan rasa sakit semasa buang air kecil. Apabila tidak dirawat dengan segera, maka boleh merebak ke rahim dan saluran falopian yang ditandai dengan rasa sakit di perut bahagian bawah.

Penyakit ini boleh menyerang leher rahim, ovari, uretra, rektum dan saluran telur. Pada hubungan intim secara oral, penyakit ini boleh menular dan menyebabkan gonorea pada tekak. Seorang bayi boleh dijangkiti penyakit gonorhea yang dialami oleh ibunya, yang mengenai matanya dan apabila tidak segera mungkin dirawat, maka boleh menyebbakan kebutaan. Masa inkubasi penyakit ini berlangsung kira-kira 2 hingga 10 hari.


 Demikianlah sedikit ulasan mengenai ciri-ciri penyakit kelamin pada wanita. Dengan mengetahui hal ini, semoga kita bisa lebih cepat melakukan pengendalian apabila mendapati gejala-gejala yang sama. Dengan demikian, jika anda mencari atau merasakan beberapa gejala yang sama, maka segeralah membuat pemeriksaan ke doktor untuk mendapatkan pengendalian yang lebih baik. Semoga bermanfaat.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA 5 Jenis Penyakit Kelamin Sangat Bahaya Pada Wanita Boleh Menyebabkan Kemandulan Dan Kematian . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top