Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

5 gambar pasaraya Giant Jual Alas Kaki Lambang PAS Di Kecam Cetus Kemarahan Ahlinya

PASARAYA Giant di Tawau Sabah, didakwa menjual alas kaki berwarna hijau dengan bulatan berwarna putih di tengah yang mirip dengan bendera Parti Islam Semalaysia, PAS mencetuskan kemarahan ahlinya di laman sosial facebook.


Salah seorang penyokong parti itu mendakwa Pasaraya Giant sengaja memprovok perasaan dan kesabaran ahli, penyokong dan pendukung PAS di seluruh negara.

Penyokong tegar itu turut menyertakan gambar alas kaki yang dimaksudkan di mana salah satu gambar dipegang oleh seorang lelaki yang memakai baju ARC (Alternative Riding Club) sebuah kelab motorsikal yang ditubuhkan oleh Sayap Pemuda PAS.


Aku tak pasti sama ada isu ini akan dipedulikan atau tidak. Kalau alas kaki serupa logo Barisan Nasional atau Umno aku yakin akan jadi berita utama media-media arus perdana kawalan BN (sebut Barang Naik).

Apa pun, pendapat aku secara peribadi, pasaraya seperti Giant seharusnya lebih sensitif selepas ini. Logo atau lambang persatuan masak-memasak makcik Kiah yang hanya ada dua orang ahli pun tidak patut dijadikan alas kaki, apatah lagi lambang PAS.

Bila lambang parti dijadikan alas kaki, penyokong parti mana pun akan marah, kerana ia dianggap satu penghinaan dan membuatkan mereka rasa terhina.
milosuam.net



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA 5 gambar pasaraya Giant Jual Alas Kaki Lambang PAS Di Kecam Cetus Kemarahan Ahlinya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top