Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Umno tidak akan dibenarkan untuk bertapak di Sarawak-Ketua Menteri baharu

PETRAJAYA: Ketua Menteri  menegaskan selagi beliau menjadi Ketua Menteri, selagi itulah Umno tidak akan dibenarkan untuk bertapak di Sarawak.
Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg memberi jaminan parti utama Barisan Nasional (BN) yang berpangkalan di Semenanjung itu tidak akan masuk ke Sarawak.



“Kita akan bekerjasama di bawah semangat Barisan Nasional tetapi Umno tidak akan datang ke Sarawak,” katanya sekali gus menepis tuduhan pihak tertentu bahawa jika beliau menjadi Ketua Menteri, Abang Johari akan membenarkan parti itu ke Sarawak.


Abang Johari yang dilantik sebagai Ketua Menteri keenam susulan kematian Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lalu berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan istiadat mengangkat sumpah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi Khamis.
Sebelum ini, Abang Johari dilemparkan dengan tuduhan jahat pihak tertentu berkaitan Umno.


Hal ini, bagi pemerhati politik mencerminkan betapa beliau bertegas menentang sebarang usaha membawa parti Melayu dengan tiga juta keahlian itu ke Bumi Kenyalang.


Hanya Sarawak tidak mempunyai cawangan Umno, dengan Sabah merupakan negeri terakhir ia bertapak.


Kemasukan Umno ke Sabah kerana keperluan politik untuk menyingkirkan Parti Bersatu Sabah  (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada awal 1990-an,  adalah kerana kepemimpinan politik di Sabah lemah.


Sebelum ini, Adenan turut mempunyai pendirian yang sama.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Adenan dipetik sebagai berkata:”Kita tidak mahu Umno masuk ke Sarawak… Orang Melayu di Sarawak mahu bekerjasama dengan Bumiputera Iban, Bidayuh dan Orang Ulu dan PBB sangat berjaya dalam hal ini. Jadi, mengapa perlu diubah?”


Hakikatnya, selagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tulang belakang BN Sarawak kuat, selagi itu, tidak ada sebab Umno dibenarkan masuk.
Isu Umno ke Sarawak  tetap muncul meskipun sudah dipersetujui kedua-dua pihak, perkara itu tidak akan berlaku.


Sebelum ini berkali-kali Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan, Umno tidak akan dibawa ke Sarawak.


http://gambirpanas.blogspot.my/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Umno tidak akan dibenarkan untuk bertapak di Sarawak-Ketua Menteri baharu. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top