Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

saya dah hilang sabar bila pembuli tendang kemaluan anak sampai berdarah-baru seminggu bersekolah




Baru seminggu bersekolah, kemaluan & bahu murid ini cedera akibat dibuli

Terdahulu kami pernah siarkan aduan/luahan seorang ibu di mana anaknya yang baru masuk darjah satu 'dibuli' oleh rakan sekelasnya. Kecil-kecil sudah pandai membuli sehingga mencederakan kawan. Dah besar kelak, jadi apa?

Ibu bapa, pesan kepada anak-anak anda berulang kali sebelum menghantar mereka ke sekolah, jangan buli kawan! Dalam kejadian ini, seorang murid cedera di bahagian kemaluan dan bahu kanannya akibat dibuli oleh rakan sekelas.


Oleh Pengadu

Hari pertama sekolah Kafa, anak balik mengadu ada orang tendang dia. Saya diam lagi dan esoknya pergi sekolah itu, gertak budak-budak itu nak patahkan kaki kalau masih tendang anak saya.

Masih di minggu pertama,. Hari kedua, anak balik dan bila buka seluar dalam ada kesan darah di kemaluannya. Bila ditanya, katanya kawan tumbuk kemaluan dia. Wah! Rasa berapi dah sebab ini soal masa depan.
Esoknya, saya tunggu anak lebih awal di sekolah. Di depan saya,  ada seorang budak lelaki berbadan besar (satu kelas dengan anak) menendang perut dan kemaluan anak saya. Terus spontan saya menjerit pada budak itu. Nak jadi cerita, budak itu jatuh depan abah Danish. Kalau tak tahan, mahu dilempang budak itu. Luka lagi kemaluan anak saya

Minggu kedua. Saya nak hantar anak saya ke kelas. Di depan mata saya, budak yang sama cuba nak membuli anak saya. Memang saya terus tegur budak itu. Bukan main melawan lagi dia.

Minggu ketiga, bila jemput anak pulang dari sekolah, dia mengadu ada orang gigit dia. Balik rumah, tengok ada kesan gigitan di bahu kiri. Memang teruji kesabaran saya.

Esok kena jumpa ustazah kelasnya. Sekolah agama tetapi budak-budak dah macam samseng dalam kelas. Di usia kecil lagi sudah pandai membuli. Risau kalau berterusan begini, lama kelamaan anak tak nak pergi sekolah lagi.

http://www.thereporter.my/2017/01/baru-seminggu-bersekolah-kemaluan-bahu.html



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA saya dah hilang sabar bila pembuli tendang kemaluan anak sampai berdarah-baru seminggu bersekolah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top