Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Masa tu aku pandang tepi, tiba2 aku nampak cik pontianak tengah dok senyum kat aku. Masa tu aku rasa macam nak pitam.





Hi semua. Terima kasih kepada admin FS kerana sudi siarkan citer aku ni. Aku nak citer pasal jalan Bukit Merah kat Perak. Nie semua pengalaman aku dengan kawan aku dan kisah benar.

JALAN BUKIT MERAH [PERAK]
Nak dijadikan satu citer, waktu cuti sem nie. Aku dengan kawan sorang nie nak pergi kenduri kawin kawan dekat Selama, Perak. Dalam pukul 8.00 malam tu kami bergerak 2 orang je sebab nak elak jalan sesak, biasa la cuti sekolah masa tu. Masa kami tengah otw nak pergi Selama, kawan aku nie yang drive. Masa tengah drive, dia nampak kat signboard tu tulis ‘Bukit Merah’, jadi dia cadangkan nak lalu situ sebab jalan tu x ramai yang lalu.

Dia tanyalah aku, “wei, apa kata kita lalu kat Bukit Merah tu? Cepat sikit, lagipun aku rasa jalan sesak sebab ramai orang nak balik kampung”.

Aku cakap kat dia, “kalau kau nak, lalu je la, aku x kisah tapi Syikin kata tempat tu sunyi, gelap. Kau nak lalu ke?”. Syikin tu kawan kami. And masa tu dia nak lalu jugak sebab kami nak cepat, tapi kami x tahu Bukit Merah itu kat mana. Kebetulan masa tu nak lalu tol. Lepas tu kawan aku tanya la kat cik kak tol tu.

“Akak, jalan Bukit Merah menghala ke mana?”. Akak tu cakap, “menghala ke kiri. Kenapa? Adik nak lalu kat sana ke?”. Kawan aku mengiya. Lepas tu akak tu kata kat kami , “kalau nak jalan situ, kena kuat semangat. Kena hati2 ye”. Kami pun teruskan perjalanan kami tapi dalam kepala masih terngiang-ngiang bila cik kak tu kata macam tu tapi kami x hirau pun. Sampai jalan Bukit Merah tu, aku nampak jalan tu sunyi sangat. Lampu pun x de. Yang ada cuma perkampungan tapi macam x de orang. Gelap, sunyi. Dah la lampu xde. Masa tu aku rasa seram sejuk. Macam x sedap hati.

Nak dijadikan cerita, aku dengan kawan dah 2 jam kat situ. Yang aku pelik, dah xde perkampungan tapi nampak hutan tebal. Banyak pokok2 mati. Tiba2 banyak burung2 terbang ke langit masa tu burung2 tu aku rasa kat pokok. Kawan aku pun pandai pergi tegur, “asal banyak sangat burung nie, nmpak hantu ke? Hahaha”. Masa tu aku rasa nak sekeh je kepala kawan aku. Masa tu kete pulak aircond rosak terpakse la buka tingkap. Masa tu aku pandang tepi, tiba2 aku nampak cik pon tengah dok senyum kat aku. Masa tu aku rasa macam nak pitam. Aku takut giler la muka dia macam dalam tv ler, buruknya hanya tuhan saja yang tahu. Aku pun menangis ler waktu tu. Aku pun x tau la kenapa tiba2 nak menangis and then aku sempat tutup tingkap.

Kawan aku pun pelik la bila tengok muka aku pucat, dah la menangis. Masa tu muka dia nmpak cuak lah bila nampak aku macam kena rasuk. Kawan aku dah start baca apa yang patut. 5 minit macam tu aku pun berhenti menangis. Lepas tu aku dengan kawan aku pun buat macam biasa. Tiba2 ada budak2 melintas depan kami. Haih muka aku pucat balik sebab budak tu xde muka. Dia melintas depan kami menghala ke hutan. Ahh sudah, kene lagi. Aku tengok kawan aku mulut dah terkumat kamit baca ayat al quran. Aku pun baca arh tapi sekat2 sebab dah cuak.

30 minit lepas tu dah smpai Selama. Masa tu jalan dah ada lampu, kenderaan pun dah ada kalau tdi satu pun xde. Aku rasa bersyukur. Sebenarnya kenduri start esok tapi saja nak datang awal. Sampai je kat rumah, aku dengan kawan aku tanya pasal Bukit Merah. Depa kata kat situ x ramai yang lalu lagipun malam2 xleh lalu. Bahaya lagi2 dua orang je lalu. Kalau nak lalu kena ramai2. Rupa-rupanya ramai dah kena kat jalan, contohnya dengar budak2 ketawa, perempuan menangis, cik pon mengilai la dan lain2. Peristiwa nie terjadi 2 tahun lepas. Aku tekad x nak lalu dah kt situ.

Sampai sini je lah citer aku. Sebenarnya banyak lagi tapi cukup lah. Nanti2 aku publish lagi. X delah seram sangat tpi cuma nak pesan, berhati-hati kat jalan, bukan nak takut2 kan.

http://fiksyenshasha.com/misteri-jalan-berhantu-di-selama-perak-1/








Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Masa tu aku pandang tepi, tiba2 aku nampak cik pontianak tengah dok senyum kat aku. Masa tu aku rasa macam nak pitam.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top