Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nafi jual cendol kitar semula-berniaga di kawasan berkenaan selama 32 tahun dan ini kali pertama menerima dakwaan seumpama

Nafi jual cendol kitar semula
Ipoh: Seorang peniaga cendol di Medan Kid di sini menafikan menjual cendol kitar semula seperti yang tular di media sosial hari ini.
Ooi Chan Lai, 78, berkata apa yang berlaku adalah salah faham daripada individu yang merakam gambarnya dan mendakwa dia menapis lebihan cendol tidak habis dimakan oleh pelanggan untuk dijual semula.

"Memang saya menapis cendol dan membasuhnya, tetapi ia bukanlah cendol 'recycle' sebaliknya ia cendol yang belum digunakan.
"Saya menapis untuk membuang air dalam bekas menyimpan cendol itu dan kemudian membasuhnya, bukan cendol lebihan pelanggan makan," katanya ketika ditemui hari ini.

Chan Lai berkata, dia sudah berniaga di kawasan berkenaan selama 32 tahun dan ini kali pertama menerima dakwaan seumpama itu.
"Saya kesal kerana individu berkenaan membuat tanggapan sendiri dan tidak bertanyakan kepada saya apa yang sebenarnya berlaku sebelum memfitnah saya di media sosial.

"Selama saya berniaga tiada sebarang aduan yang saya terima daripada pelanggan. Saya tidak pasti apa niat sebenar individu berkenaan dan saya sanggup bersemuka dengannya jika individu itu mempunyai bukti saya melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu," katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Nafi jual cendol kitar semula-berniaga di kawasan berkenaan selama 32 tahun dan ini kali pertama menerima dakwaan seumpama. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top