Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lompat dari kereta, elak dirogol oleh teman lelaki baru dikenalinya

NENEK KEBAYAN CHANNEL(1): 👵Nenek Kebayan👵: Lompat dari kereta, elak dirogol
----------------------------


Miri: Remaja perempuan patah kaki kiri selepas melompat dari kereta yang bergerak bagi mengelak dirogol rakan lelakinya di Kuala Baram di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa berusia 16 tahun bersama dua lelaki menaiki kereta ke arah Batu 1, Kuala Baram sebelum seorang daripada suspek cuba merogol mangsa.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, mangsa yang ketakutan kemudiannya melompat dari kereta berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Menurutnya, tindakan itu mengakibatkan mangsa patah kaki kiri selain kecederaan pada kedua-dua tangan.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Miri oleh kedua-dua suspek untuk dirawat sebelum suspek melarikan diri.

"Polis masih berusaha mengesan kedua-dua suspek," katanya..
sent by Berita Harian



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Lompat dari kereta, elak dirogol oleh teman lelaki baru dikenalinya. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top