Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Hasrat Faiz jumpa Ronaldo curi tumpuan dunia

sekadar gambar hiasan
*Hasrat Faiz jumpa Ronaldo curi tumpuan dunia*


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Hasrat finalis anugerah Puskas 2016, Mohd. Faiz Subri untuk berswafoto bersama idolanya, Cristiano Ronaldo mungkin menjadi kenyataan apabila mendapat perhatian daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi akaun Tittwer rasminya, @FIFAcom.

Terdahulu, pemain Pulau Pinang itu menerusi tweetnya memberitahu, dia berharap dapat berjumpa dengan bintang Portugal dan Real Madrid, Ronaldo pada majlis yang akan berlangsung di Zurich pada pukul 6 petang waktu Switzerland (Selasa pukul 1.30 pagi siaran langsung Astro Arena 801).

“@Cristiano Saya di Zurich sekarang, harap dapat bertemu dengan anda sekejap lagi,” ujarnya.
FIFA bagaimanapun bersikap ‘sporting’ dengan membalas tweet Mohd. Faiz berhubung impiannya itu.

“@Cristiano, boleh kita merealisasikannya?,” katanya yang bagaimanapun masih belum mendapat reaksi daripada pemenang anugerah berprestij Ballon d’Or buat kali keempat, Ronaldo setakat ini.

Pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu akan bersaing dengan pemain Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela untuk menjadi pemenang anugerah itu, yang diberi kepada penjaring gol paling cantik sepanjang musim 2016.

Ronaldo juga akan hadir pada majlis berprestij itu selaku finalis Pemain Terbaik Dunia 2016 di samping Antoine Griezmann dari Perancis dan pemain prolifik Barcelona, Lionel Messi.

Klip video jaringan ajaib Mohd Faiz itu, yang pertama kali dimuat naik FIFATV pada 21 Nov lalu melalui YouTube, setakat ini ditonton lebih 2.4 juta kali, manakala jaringan Marlone dan Rodriguez masing-masing ditonton hanya lebih sejuta kali. - UTUSAN ONLINE



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Hasrat Faiz jumpa Ronaldo curi tumpuan dunia. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top