Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kenapa Ada Batu Nisan Dalam Masjid Kota Lama Kanan Di Kuala Kangsar?RUPANYA JANGAN TERKEJUT....




Mungkin ramai yang sudah tahu akan kebenaran hal ini dan perkara sebenarnya, ia bukanlah batu nisan untuk menandakan ada jasad manusia disemadikan di saf paling hadapan dalam Masjid Kota Lama Kanan tersebut, akan tetapi ia adalah hanya sekadar batu peringatan untuk memperingati Sultan Mansur Syah 1 iaitu Sultan Perak yang ke 2 pada tahun 1549 hingga 1577 yang didakwa ghaib ketika bersolat Jumaat di dalam masjid ini.

batu nisan sultan perak ke dua

Sultan Mansur Syah 1 telah mangkat pada tahun 1577 dan kemangkatan baginda lansung tidak diketahui dengan sahnya. Mengikut cerita yang diperturunkan, baginda yang sedang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Kota Lama Kanan tiba-tiba ghaib dan hilang dan setelah sekian lama tanpa khabar berita, rakyat menyangkakan bahawa Sultan Mansur Syah 1 telah mangkat. Sejak itu, baginda digelarkan sebagai Marhum Kota Lama Kanan oleh penduduk setempat.

Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I

Sultan Mansur Syah 1 tidak mempunyai makam melainkan batu peringatan yang diceritakan di atas. Batu peringatan Sultan Mansur Syah 1 yang tiba-tiba hilang ketika menunaikan fardhu Jumaat di masjid tersebut, sebuah batu nisan telah diletakkan di saf paling hadapan di dalam Masjid Kota Lama Kanan oleh Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I iaitu Sultan Perak yang ke 28.

peta Masjid Kota Lama Kanan

Masjid ini juga pernah dibakar oleh penjajah inggeris semasa berlaku perang Perak dalam tahun 1875 hingga 1876 dan dibina semula dalam tahun 1916. Masjid ini terletak di Kampung Batang Kulim di Kuala Kangsar, Perak

http://www.orangperak.com/kenapa-ada-batu-nisan-dalam-masjid-kota-lama-kanan-di-kuala-kangsar.html



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA Kenapa Ada Batu Nisan Dalam Masjid Kota Lama Kanan Di Kuala Kangsar?RUPANYA JANGAN TERKEJUT..... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top