Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nilai Mata Wang Thailand Lebih Baik Dari Malaysia Punca Harga Santan Naik Mendadak Bermula Hari Ini

TERSEBAR di facebook, banner (kain rentang) makluman bahawa mulai 12 Disember 2016 , santan kelapa di Daerah Rembau akan dijual pada harga RM11 sekilogram (RM11/kg). Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna.




Difahamkan pihak peniaga santan turut menerima maki hamun dan dituduh cekik darah oleh orang ramai berhubung mekluman kenaikan harga santan tersebut.

Salah seorang peniaga tampil menjelaskan punca kenaikan harga santan kelapa yang membebankan pengguna itu didakwa ada kaitan dengan kejatuhan matawang Ringgit Malaysia.




Menurut Nor Sya, bekalan kelapa tempatan tidak mencukupi untuk menampung perniagaannya yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 tan kelapa seminggu.

Justeru dia terpaksa 'import' buah kelapa dari Indonesia.

Kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia, RM memburukkan keadaan apabila dia terpaksa bersaing dan membeli kelapa dengan harga yang mahal berikutan peningkatan permintaan kelapa dari Thailand.

Dakwanya lagi, nilai matawang Thailand kini lebih tinggi berbanding dengan nilai RM.



Menurut Pakar ekonomi yang sangat dihormati, Prof Jomo Kwame Sundaram sebelum ini dilaporkan mendakwa hilangnya keyakinan terhadap kerajaan Malaysia, berhubung pendedahan skandal 1MDB menjadi punca utama kejatuhan nilai matawang RM.

Kwame mendakwa krisis keyakinan tersebut sangat serius dan mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap Malaysia. — Malaysiakini

Dari sini kita dapat lihat bagaimana skandal 1MDB yang heboh jadi tajuk berita utama seluruh dunia melibatkan dana berpuluh billion ringgit mempunyai kesan langsung terhadap kehidupan rakyat.

Mesti Baca :Dua Beradik Kembar Dipaksa Minum Arak Dan Dirogol Beramai-Ramai Hingga Mati seterusnya--> http://lynk.my/3nFz


Jangan sangka 1MDB tiada kaitan dengan anda, kalau harga santan yang naik melonjak pun ada kaitan dengan skandal 1MDB yang menyebabkan kejatuhan matawang, apalagi barang-barang yang lain.

Jadi kepada pakcik dan makcik, harga santan naik janganlah salahkan peniaga santan, tapi marahlah kepada pemimpin kleptokrat (pemimpin perompak) yang lakukan skandal 1MDB. milosuam.net



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Nilai Mata Wang Thailand Lebih Baik Dari Malaysia Punca Harga Santan Naik Mendadak Bermula Hari Ini. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top