Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Komen Pedas Mahathir Kepada Najib Dan Kerajaan BN Berkaitan Pembatalan Surat Jemputan Menghadiri Majlis Lafaz Sumpah Sultan Kelantan Sebagai Yang di-Pertuan Agong

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanggapannya mengenai majlis Yang di-Pertuan Agong sebagai acara nasional yang tiada kaitan dengan mana-mana parti politik ternyata salah.
'


“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian daripada politik parti.

“Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan Istana Negara adalah milik Najib (Datuk Seri Najib Razak) dan parti Barisan Nasional (BN),” katanya dalam tulisan terbarunya di blog chedet.cc.

Dr Mahathir mengakui ada menerima jemputan ke acara itu pada 10 November dan sudah memberi pengesahan untuk menghadirinya.

“Saya terima jemputan itu daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 10 November.

“Saya jawab saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik,” katanya.

Bagaimanapun, semalam Dr Mahathir berkata menerima surat pembatalan jemputan beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Jemputan itu adalah bagi majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Pada 6 Disember, saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut: ‘Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada Dr Mahathir dan memaklumkan undangan tersebut adalah dibatalkan.

“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika Dr Mahathir hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada Dr Mahathir,” katanya.

Sementara itu, peguam N Sivananthan berkata kenyataan Dr Mahathir yang merujuk Istana Negara di bawah kawalan Najib dan kerajaan BN boleh disifatkan sebagai menghasut.

Katanya, ia seolah-olah mahu mengatakan pihak Istana Negara di bawah kawalan kerajaan.

“Kenyataan Dr Mahathir membuatkan institusi secara keseluruhan di bawah kawalan kerajaan yang sepatutnya bebas.

“Ini boleh mengakibatkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap institusi diraja,” katanya kepada FMT.

Sivananthan berkata kenyataan Dr Mahathir itu tidak wajar dan tidak adil kepada institusi diraja.

“Ia satu acara dianjurkan Istana Negara. Jadi mereka mempunyai hak memutuskan siapa yang sepatutnya menghadiri acara itu,” katanya.

Peguam hak asasi manusia, Amer Hamzah Arshad pula berbeza pandangan dan menganggap kenyataan balas Dr Mahathir itu bukan bersifat menghasut.

Katanya, ia dibuat berdasarkan pengalaman Dr Mahathir sendiri.

“Beliau sinis dan itu satu sindiran. Yang pasti bukan menghasut,” katanya



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Komen Pedas Mahathir Kepada Najib Dan Kerajaan BN Berkaitan Pembatalan Surat Jemputan Menghadiri Majlis Lafaz Sumpah Sultan Kelantan Sebagai Yang di-Pertuan Agong. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top