Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Lim Guan Eng Kecualikan Cukai Pintu Dan Menanggung Kos GST Rakyat Pulau Pinang Membuatkan Masa Depan UMNO Gelap Di Pulau PInang

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pengecualian cukai pintu bagi semua penghuni rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung pada tahun depan.



Ketua Menteri berkata pihaknya amat prihatin dengan beban yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah kesan ekonomi semasa.

“Sebagai sebuah kerajaan negeri yang berjiwa rakyat dan memahami penderitaan rakyat golongan kurang berpendapatan, kerajaan negeri akan memberikan pengecualian cukai pintu bagi tahun 2017 kepada semua penghuni rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung/bertanah,” umum Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini.

“Pengecualian cukai ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang dapat dimanfaatkan oleh pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung adalah sebanyak RM14,093,705.78, di mana cukai pintu yang sepatutnya dipungut pada tahun 2017 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ialah RM8,058,628.78 dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM6,035,077.00.”

Kerajaan negeri juga menurut Lim akan terus menanggung pembayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun depan yang dianggarkan sebanyak RM46.2 juta setahun.

Manakala MBPP dan MPSP diarahkan menanggung beban GST untuk tahun ini yang berjumlah RM19.36 juta.

Pemimpin DAP itu turut mengumumkan pemotongan cukai pintu enam peratus untuk semua hartanah lain termasuk hartanah komersil.

“Potongan 6 peratus ini akan memberikan penjimatan kepada pemilik di kawasan MBPP sebanyak RM11,829,732.70 dan MPSP sebanyak RM9,907,892.00. Potongan 6 peratuscukai pintu ini akan menyebabkan beban kewangan sebanyak RM21.74 juta kepada MBPP dan MPSP,” katanya.

Katanya, langkah ini membuktikan kerajaan negeri mampu mencatatkan lebihan belanjawan tanpa mengenakan GST sekiranya ada tata kelola baik dan sebuah pentadbiran bersih berteraskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) diamalkan.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Lim Guan Eng Kecualikan Cukai Pintu Dan Menanggung Kos GST Rakyat Pulau Pinang Membuatkan Masa Depan UMNO Gelap Di Pulau PInang . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top