Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Hilang 13 Hari Sebelum Ditemui Keadaan Lemah, Lelaki Mengaku Terdengar Suara Merdu Memanggilnya Dari Pokok Misteri

KUALA TERENGGANU, 11 Dis  — Pencari udang yang hilang 13 hari mengakui terpukau mendengar suara merdu memanggilnya dari sebatang pohon rengas sebelum terjatuh ke dalam lubang.


Selepas tersedar dari pengsan, Muhammad Anuar Elias, 34, bagai terkunci mulut untuk menjerit meminta pertolongan walaupun mendengar penduduk kampung memanggil namanya semasa operasi mencari dan menyelamat.

“Saya tidak pasti berapa kedalaman lubang tersebut tetapi saya cuma nampak sedikit cahaya samar-samar seperti kunang-kunang,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

“Walaupun tidak berdaya, saya gagahkan juga merangkak perlahan-lahan sehingga berjaya keluar dari lubang tersebut.”

Beliau juga terkejut apabila merasakan hanya berada dalam lubang selama dua hari sebaliknya diberitahu ibunya bahawa dia sudah hilang kira-kira dua minggu.


Anuar ditemui Khamis lalu dalam keadaan lemah dan luka-luka badan di bawah pokok rengas di tebing Sungai Terengganu berhampiran Kampung Losong Atap.

Kali terakhir dia dilihat sedang tidur di sebuah pondok kira-kira 100 meter dari pokok rengas pada pukul 3 pagi 27 November lalu.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Hilang 13 Hari Sebelum Ditemui Keadaan Lemah, Lelaki Mengaku Terdengar Suara Merdu Memanggilnya Dari Pokok Misteri . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top