Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Komen Pedas Ustazah Dayana Kepada AJK Masjid Seluruh Malaysia, Jangan Jadi Dungu Semata-Mata Nak Elaun Menyusahkan Orang Lain

Masjid tempat untuk beribadah bukan tempat pertandingan masjid mana paling riuh suara.Masing2 nak dekatkan diri kepada Allah.


Seperti yang saya katakan sebelum ini ahli masjid kena pilih mereka di kalangan yang cerdik pandai bukan hanya tangkap muat sehingga ada yang offer diri untuk jadi ahli masjid sebab pandang ada elaun.

*Jika makmum hanya 2,3 kerat xperlulah nak gunakan sistem pembesar suara cukup saja hanya suara imam itu sendiri.

*Berzikir selepas solat biarlah dengan nada perlahan,ini tidak sampaikan imam guna pembesar suara hingga mengganggu bukan sahaja jemaah masjid bahkan mengganggu kenteraman penduduk setempat sedangkan cara berzikir berdoa pun Allah suruh rendahkan suara.

*Penceramah pun xperlulah nak gunakan pembesar suara,tidak boleh memaksa orang lain untuk mendengar ceramah,cukuplah kedengaran bagi mereka yang hadir di dalam masjid sahaja.

*Janganlah ajk masjid menjadi zalim sehingga anda menghalang orang lain untuk beribadah kepada Allah,fikirlah makmum lain pun nak beribadah,nak solat sunat,nak mengaji al quran,nak berzikir kepada Allah.

*Jangan jadi dungu,anda buat bising dengan cara ibadah anda sendiri yang tiada contoh,kemudian lepas habis ibadah rekaan anda,anda tutup masjid seolah2 itu rumah anda bukan lagi rumah Allah.

*Cari imam tu biarlah mereka yang tahu bacaan,sedap didengari,bacaannya tartil bukan cari imam yang bacaannya tidak sedap didengari hinggakan suara menggeletar pun masih nak jadi imam,sampaikan nyanyuk pun masih nak jadi imam hanya kerana sayangkan elaun.

*Letakkan saf kanak2 sebaris dengan saf orang dewasa,xperlu nak ikut sangat kitab2 lama yang tiada nas yang memisahkan saf kanak2 dengan saf dewasa kerana risau tidak sah solat,ini satu pandangan yang jumud.

*Kebanyakan masjid di malaysia hanya tahu buat bising tapi tidak tahu untuk ikut sunnah nabi.Di awal pagi sudah buat bising dengan pasang qasidah,zikir entah dari mana,pasang mengaji dengan suara speaker yang pecah menambahkan lagi bunyi bising.

Kerja2 ini hanyalah kerja penambahan dari ahli masjid yang dungu tapi yang dapat nama adalah islam.Islam bukan ajar seperti ini nabi bawa datang islam amat indah hingga yahudi,puak musyirikin,jahiliah tertarik dengan islam.
Ubahlah perangai wahai ajk masjid,jangan lagi termasuk ke dalam golongan yang tolol.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Komen Pedas Ustazah Dayana Kepada AJK Masjid Seluruh Malaysia, Jangan Jadi Dungu Semata-Mata Nak Elaun Menyusahkan Orang Lain. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top