Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Isu Fitnah, Akhirnya Ini Tindakan PAS terhadap Sarawak Report

PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.


Surat berkenaan dihantar kepada Brown menerusi alamat beliau di London, United Kingdom.

"Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

"Notis berkenaan turut menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita terbabit," jelas Takiyuddin, memetik laporan Harakah Daily.

Terdahulu, portal yang mesra Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan PAS masih belum menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Umno.

Mykmu.net mendakwa, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta presiden pro-tem parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendekati PAS dan turut menggesanya supaya mengingatkan PAS mengenai janjinya untuk menyaman Sarawak Report.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, tiga tuntutan tersebut ialah meminta Sarawak Report membuang artikel berkenaan daripada laman web tersebut selain menyiarkan permohonan maaf atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS.

Pada masa yang sama, PAS juga menuntut Sarawak Report memberi akujanji tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang, ujar beliau.

"Dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu PAS dan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," tambah beliau.-malaysiakini











Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Isu Fitnah, Akhirnya Ini Tindakan PAS terhadap Sarawak Report. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top