Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ibu Bapa Saya Dibunuh, Kakak Dan kakak Ipar Saya Dirogol Dengan Kejam Oleh Tentera Myanmar

SABAK BERNAM - "Bapa dan ibu saya dibunuh dengan kejam, selain kakak dan ipar-ipar perempuan dirogol tentera Myanmar.

"Biarpun peristiwa itu berlaku 28 tahun lalu, namun kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan mereka itu masih segar dalam ingatan saya sampai saat ini," kata seorang etnik Rohingya, Abdul Rahim Hassan Ali, 50.



Menurutnya, kejadian pada tahun 1988 itu berlaku ketika dia bersama ibu bapa dan adik beradik serta iparnya sedang berehat selepas menjamah makan tengah hari di rumah mereka di Arakan, Myanmar.

"Ketika itu, pintu rumah kami diketuk kuat. Kami dengar suara bising di luar rumah.

"Kami tersentak bila beberapa tentera ceroboh masuk ke dalam rumah kami. Sebahagiam daripada kaum wanita menjerit ketakutan... kami cuba melawan, tapi apalah daya kami waktu itu," katanya.


Ibu bapa dibunuh, kakak dirogol
Mohd Hisham (tiga, kiri) menziarahi keluarga Abdul Rahim (tiga, kanan) 
di kediaman mereka di Jalan 6 Bagan Sungai Besar.

Abdul Rahim anak bongsu daripada 13 beradik berkata, serangan di rumah mereka itu begitu menyayat hati apabila mereka diseksa dan dipukul, malah kaum wanita menjadi mangsa pemuas nafsu tentera Myanmar.

"Kami diterajang sesuka hati, malah hingga kini, kesan saya dipukul di kaki dan dahi kiri masih berbekas. Malah, adakalanya ia sakit sepertimana terseksanya kaum kerabat kami di sana," katanya.

Abdul Rahim yang menetap di Jalan 6 Bagan Sungai Besar berkata, dia dan isterinya, Hazrah Nazil Ahmad, 50, serta anak sulungnya, Mohamad Yusup, 32, yang ketika itu berusia empat tahun sempat melarikan diri ke dalam hutan.

"Kami berada dalam hutan lebih kurang tiga bulan. Masa itu, kami jumpa kumpulan pelarian lain yang turut sama ingin keluar dari Myanmar.

"Akhirnya, kami tiba di Thailand dan ditahan di sana selama tiga tahun sebelum kami dibebaskan.

"Sepanjang menjadi tahahan (di Thailand), kami hanya makan nasi kosong sahaja sebab di sana lauk yang dimasak tidak halal untuk dimakan," katanya.

Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berkata, sebaik dibebaskan di Thailand, dia dan beberapa rakannya yang lain mengambil keputusan untuk ke Malaysia bagi mendapatkan perlindungan.

"Kami menaiki keretapi terus ke Johor Bharu. Di Malaysia, kehidupan kami jauh lebih aman dan dapat hidup dengan tenang," kata bapa 10 orang anak itu lagi.

Abdul Rahim yang kini berniaga runcit kecil-kecilan berkata, dia mula menetap di Sungai Besar pada tahun 1995 selepas dipelawa seorang rakannya untuk memulakan kehidupan baharu di sini.

"Sehingga kini, saya masih trauma dengan kejadian ini dan tak pernah pulang ke Myanmar. Bila saya kenang semula peristiwa lama itu, tiba-tiba saya menangis bersendirian.

"Luluh hati saya bila ahli keluarga mati dibunuh, mungkin ada daripada mereka yang selamat.. tapi entah di mana mereka masa kini.

"Cukup-cukuplah penderitaan lalu, saya tak mahu kenang. Apa yang lebih penting, saya nak lihat semua anak dan cucu saya selamat dan jadi insan berguna," katanya. 

Isterinya, Hazrah berkata, dia dipelihara ibu dan bapa suaminya itu sejak berusia lapan bulan lagi sebelum mereka dikahwinkan ketika berusia belasan tahun.

"Saya pun tak tahu siapa ibu dan bapa saya sejak kecil. Apa yang saya tahu, ibu dan bapa tinggalkan saya di rumah mak dan lepas itu saya langsung tak pernah tatap wajahnya hingga kini," luahnya.

Hazrah turut melahirkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa umat Islam di Myanmar.

“Kami tak tahu apa salah kami sampai dilakukan macam ini. Setiap hari ada sahaja penyeksaan dan pembunuhan yang dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Prihatin Malaysia, Dr Mohd Hisham Surgi yang menziarahi keluarga itu berkata, pihaknya berasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada etnik Islam Rohingya.

"Kita harus memberi tekanan kepada Junta tentera Myanmar supaya semangat keperimanusiaan ini terhadap masyarakat Rohingya dititikberatkan.

"Kita juga berharap agar kekejaman yang dilakukan ini dapat diheret ke mahkamah kemanusiaan di Belanda, selain jangan biarkan mereka ini terlepas sebab ini adalah satu siri kezaliman zaman era moden yang tak seharusnya berlaku," katanya.





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ibu Bapa Saya Dibunuh, Kakak Dan kakak Ipar Saya Dirogol Dengan Kejam Oleh Tentera Myanmar . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top