Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Hantaran Anak Dara Kawasan Rembau RM25,000 ? Ini Kisah Sebenar

REMBAU -  Kain rentang yang memaparkan makluman kadar hantaran untuk meminang gadis sekitar Rembau mula tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApp.


Menerusi foto tersebut, kadar hantaran ditetapkan adalah sebanyak RM25,000 bermula 9 Disember lalu.

Makluman tersebut dengan jelas ditujukan kepada ibu bapa atau penjaga di kawasan Tampin, Pulau Sebang, Rembau dan kawasan sekitar mengenai kadar baharu berkenaan, sehingga mengundang persepsi masyarakat terutama luar daerah Rembau bahawa gadis di Rembau adalah 'mahal'.

Menggunakan latar belakang kuning dan tulisan hitam, ia turut memaparkan simbol seakan-akan bentuk wanita di kiri kanan seolah-olah dua gadis pada kain rentang berkenaan.
Bagaimanapun, kain rentang berkenaan sebenarnya  diedit oleh pihak yang tidak diketahui, dipercayai untuk tujuan jenaka.


Ini berikutan, kain rentang tersebut sebenarnya foto viral makluman berkenaan harga santan yang naik harga di sekitar daerah Rembau bermula 9 Disember lalu.

Makluman kain rentang itu memaklumkan pengguna di daerah berkenaan serta kawasan sekitar mengenai harga baharu santan kepada RM11 sekilogram.

Sementara simbol wanita muda di kiri dan kanan kain rentang itu sebenarnya simbol pokok kelapa.

Malah, berita mengenai kain rentang asal ini juga tersiar dalam Sinar Harian Khamis lalu berhubung keluhan pengguna mengenai kenaikan harga santan yang dianggap sebagai melampau.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Hantaran Anak Dara Kawasan Rembau RM25,000 ? Ini Kisah Sebenar. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top