Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Sultan Johor Kecewa PM Hadkan Kuasa Raja-Raja Melayu Dan Menegur Menteri BN Yang Biadap

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur seorang menteri Kabinet supaya jangan terlalu berlagak.Baginda sangat terkilan dengan perbuatan menteri itu yang mendesak Tunku Mahkota, Tunku Ismail untuk membuat permohonan maaf secara bertulis kepadanya.“Dia dengan dengan angkuhnya menyerang anak saya dan mendesak Tunku Mahkota memohon maaf secara bertulis kepadanya. Suka saya ingatkan kepada individu tersebut agar jangan terlalu berlagak.


“Ini negeri Johor dan Tunku Mahkota adalah anak saya, cubit paha kiri, paha kanan juga terasa sakit. Jika hendak menegur, tegurlah dengan baik. Pemimpin jenis apakah ini kalau tidak tahu beradab? Saya akan maklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri kerana individu tersebut adalah seorang menteri Kabinet,” titah baginda petik Malaysia Gazette.Sultan Johor bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim juga mengharamkan sebarang demonstrasi jalanan berhubung situasi politik negara diadakan di Johor.“Kelakuan seperti menghina pemimpin dan individu tertentu dalam demonstrasi tersebut adalah begitu tidak bertanggungjawab dan bukan daripada tabiat orang kita. Jadi ingin saya menegaskan bahawa saya tidak akan membenarkan sebarang aktiviti demonstrasi jalanan untuk diadakan di negeri ini.

“Ini adalah kerana demonstrasi seperti itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkam kekecohan dikalangan masyarakat,” titahnya.Apa yang pelik, baginda bertitah, ada bekas pemimpin negara juga sama-sama menyertai demonstrasi jalanan.Oleh itu, baginda menasihati semua NGO dan rakyat di negeri itu supaya mengkritik kerajaan melalui saluran yang betul bukan di jalanan.

Selain itu, Sultan Johor juga kecewa dengan pemimpin negara yang pernah membuat pindaan pada Perlembagaan bagi mengehadkan kuasa Raja-Raja Melayu.“Inilah dikatakan seperti kacang lupakan kulit, pemimpin tidak bertanggungjawab ini telah membuat beberapa pindaan kepada Perlembagaan persekutuan terutamanya pada tahun 1994 yang telah menjadikan Yang Dipertuan Agong sebagai boneka yang mesti mengikut telunjuk mereka.

“Tindakan menghapuskan hak Yang Dipertuan Agong adalah sama seperti menghapuskan hak Raja-Raja Melayu yang lain. Saudara-saudari boleh semak sendiri pindaan yang dibuat iaitu pada Perkara 40 (1A). Siapa Perdana Menteri pada ketika itu?” soal Sultan Johor.Mengenai kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang mendukacitakan dan baginda mahu kerajaan membina sebuah hospital baharu yang lebih baik.

“Berkaitan dengan keadaan HSA, saya telah maklumkan kepada Menteri Kesihatan (Datuk Seri S. Subramaniam) yang hospital itu bukanlah kilang sardin,” titahnya.Baginda juga mahu HSA yang banyak diubahsuai dikembalikan bentuk asalnya.Sultan Johor juga memberi amaran mengenai satu parti politik baharu yang membawa virus perpecahan yang datang ke negeri itu dan menyifatkannya lebih berbahaya daripada Virus Zika kerana tidak ada penawarnya.

“Virus ini akan membuat pesakitnya sengsara sepanjang hayat. Virus yang saya maksudnya adalah virus perpecahan.“Virus ini datang daripada parti politik baharu dan ahli-ahlinya menjadi penyebarnya. Virus ini sangat merbahaya kerana ianya sukar diubati,” titah baginda.Sultan Ibrahim bertitah, pembawa virus itu akan menghentam kerajaan setiap hari dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin tetapi kebaikan yang dibuat kerajaan semuanya mereka tidak nampak.

“Saya tidak mahu melihat rakyat saya berpecah. Saya benci kepada individu yang mempunyai agenda tersendiri, menghasut rakyat dan bergaduh sesama sendiri“Apabila perpecahan berlaku, kehidupan rakyat akan menjadi susah dan pada waktu itu, janganlah toleh kepada saya,” titah baginda.suara.tv



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Sultan Johor Kecewa PM Hadkan Kuasa Raja-Raja Melayu Dan Menegur Menteri BN Yang Biadap . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top