Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Padah Amal Rawatan Viral “Cara Buang Kahak & Lendir Bayi Tanpa Ubat Di Facebook Dan Whatapps, Ibu Menyesal Anak Di Masukkan Dalam Wad

Padah Amal Rawatan Viral “Cara Buang Kahak & Lendir Bayi Tanpa Ubat”|Beberapa hari lepas, viral dilaman media sosial satu perkongsian berupa tips “Cara buang kahak dan lendir bayi tanpa ubat”Dalam perkongisan tersebut, ada menunjukkan cara-cara untuk menghilangkan kahak pada kanak-kanak. Salah satunya adalah dengan menggunakan wap daripada air yang dicampurkan dengan bawang putih.


Sebenarnya perkongsian yang sama juga telah viral pada tahun lalu dan ada sepasang ibu bapa yang telah mengikut cara rawatan tersebut. Hasilnya, anak mereka dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan.Keadaan ini berlaku sebaik sahaja mereka mengikut cara rawatan viral tersebut. Mujur mereka pantas bertindak menghantar anak mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Moga kejadian ini menjadi iktibar kepada ibu bapa yang lain.
http://eberita.org/wp-content/uploads/2016/11/14940193_1257163424347873_56948191104337446_o.jpg

Saluran pernafasan kanak-kanak adalah sangat sensitif

Kanak-kanak mempunyai saluran pernafasan yang lebih kecil berbanding dengan orang dewasa. Ketika mana berlakunya selsema yang mungkin disebabkan jangkitan virus, saluran pernafasan kanak-kanak akan menjadi semakin kecil disebabkan lendir yang terhasil pada dinding saluran pernafasan tersebut.

Penggunaan wap panas ang mempunyai benda asing seperti bawang putih boleh menganggu saluran pernafasan. Ini kerana lendir yang terhasil akan menjadi semakin banyak dan otot saluran pernafasan juga akan menjadi semakin sensitif. Kedua-dua perkara ini akan menyebabkan saluran pernafasan bayi menjadi semakin kecil dan menganggu pernafasan bayi.

Bagi pandangan saya, rawatan dalam perkongsian viral itu adalah sesuatu yang berbahaya untuk diamalkan. Jika orang dewasa mahu mengamalkannya, mungkin boleh. Tetapi tidak bagi kanak-kanak kecil yang masih mempunyai saluran pernafasan yang belum matang.

Lagipun, tiada ubat yang diberi kepada kanak-kanak yang mempunyai kahak. Saya ulangi, kanak-kanak yang berusia kurang dari lima tahu, tidak perlu diberi ubat mencairkan kahak kerana kajian telah membuktikan ubat tersebut tidak berkesan bagi kanak-kanak berusia kurang dari lima tahun.

Oleh itu, kanak-kanak yang mempunyai batuk berkahak, selalunya di nasihatkan kepada ibu bapa untuk perhatikan sahaja dahulu kanak-kanak tersebut. Jika pernafasan semakin laju, tidak aktif ataupun batuk lebih daripada seminggu, maka perlu berjumpa dengan doktor- Eberita.org



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA Padah Amal Rawatan Viral “Cara Buang Kahak & Lendir Bayi Tanpa Ubat Di Facebook Dan Whatapps, Ibu Menyesal Anak Di Masukkan Dalam Wad. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top