Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Nak Merancang Kehamilan? Pastikan Jangan Guna Pil Cegah Kehamilan Jenama Ini Jika Tidak Anda Pasti Menyesal Seumur Hidup

Pil cegah hamil Yasmin telah didapati dalam banyak kajian sebagai punca darah beku,strok dan berbagai kesan sampingan yang berbahaya.Sehingga kini,ribuan tuntutan mahkamah bernilai USD berbilon dolar telah di bayar oleh BAYER

Yasmin atau Yaz dikilangkan hasil ciptaan “licik” penyelidik syarikat farmaseutikal bertaraf gergasi dunia yang berasal dar Negara Jerman iaitu BAYER.


Peminat Bayer ini pun tidak kurang hebatnya termasuk pakar-pakar O &G ternama dari klinik dan hospital swasta dan kerajaan termasuk farmasi-farmasi yang terkenal diseluruh dunia.

Saya pernah keluarkan artikel tentang keburukkan pil cegah hamil Yasmin ini dengan bahan aktif drosperinone yang begitu di puja-puja suatu masa dahulu kerana kehebatanya mencegah hamil serta melicinkan wajah dan tidak menambah berat badan.

Tidak seperti pil-pil seangkatanya yang bukan sahaja boleh menyebabkan darah beku,strok dan juga kematian tetapi dengan faktor tambahan boleh menambah berat badan.

Sehingga hari ini pil-pil ini masih dijual tanpa perasaan malu atau bersalah oleh segelintir pakar-pakar O&G dan farmasi yang “kalis saman” di Malaysia.

Bila agaknya rakyat Malaysia mahu sedar dengan “penipuan” yang membabitkan bukan sahaja penyakit kronik tetapi kematian yang hanya sekali menjengah kita seumur hidup.

Berikut adalah rentetan pembayaran yang telah dibuat oleh BAYER

Butir-butir setiap penyelesaian yang di bayar oleh BAYER, termasuk jumlah penyelesaian dianggap sebagai sulit. Walau bagaimanapun, laporan kewangan BAYER secara umum memaparkan berita tentang penyelesaian yang telah dibuat dan ini memudahkan untuk mengira secara purata .

Pada April 2012, BAYER bersetuju untuk resolusi pertama tindakan undang-undang Yaz, Yasmin, dan Ocella di Amerika Syarikat. ABC News melaporkan, BAYER akan membayar USD$ 110 Juta untuk menyelesaikan 500 tuntutan mahkamah, bayaran purata USD$ 220,000 bagi setiap kes.

Selepas itu, pada bulan Julai 2012, BAYER melaporkan telah membayar sejumlah USD$ 402.6 Juta untuk menyelesaikan 1,877 tuntutan undang-undang Yaz, Yasmin, dan Ocella. Angka-angka ini menunjukkan purata jumlah penyelesaian tuntutan mahkamah Yaz lmelebihi USD$ 214,000 bagi setiap kes.

Pada 12 Februari 2013, Bayer mengeluarkan Laporan Tahunan 2012 dengan maklumat yang terkini tentang Yaz. Laporan menyatakan bahawa Bayer telah membayar USD$ 1 bilion untuk menyelesaikan 4,800 tuntutan undang-undang atau tuntutan sahaja di Amerika Syarikat, purata lebih USD$ 208,000 bagi setiap kes.

Sehingga Julai 2014, laporan kewangan suku tahunan BAYER menunjukkan bahawa syarikat itu telah menyelesaikan 8,900 tuntutan Yaz untuk sejumlah USD$ 1.8 bilion, anggaran USD$ 202,000 bagi setiap kes.

Pada 17 Julai, 2015, BAYER telah mencapai perjanjian penyelesaian Yaz untuk kira-kira 9,900 tuntutan yang melibatkan kecederaan venous blood clot untuk sejumlah USD 1.97 bilion, purata USD$ 198,989 bagi setiap kes.

BAYER juga mengumumkan pada Julai 2015 bahawa ia telah bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan yang melibatkan pembekuan darah arteri untuk tambahan USD$ 56.9 juta..wow..


Rakyat Malaysia macamana pula…tidak terliur ke dengan tuntutan saman yang berbilion dollar?

Sumber:

http://www.lawsuit-yaz.com/yaz-lawsuit-settlement-amounts/

Blood clots, stroke and other dangerous side effects associated with the use of Yaz and Yasmin birth control pills are driving more than 10,000 U.S. patients to file lawsuits against Bayer Pharmaceuticals.

Thousands of injuries and about 100 deaths are linked to Yaz through these severe side effects.
https://www.drugwatch.com/yaz/lawsuit.php

Yaz and Yasmin birth control pills linked to 23 deaths: Health Canada documents
http://www.ctvnews.ca/…/yaz-and-yasmin-birth-control-pills-



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA Nak Merancang Kehamilan? Pastikan Jangan Guna Pil Cegah Kehamilan Jenama Ini Jika Tidak Anda Pasti Menyesal Seumur Hidup. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top