Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mayat lelaki Ditemui Dipotong Kepala Serta Sepuluh Bahagian


Muar: Kepala dipisahkan dari badan manakala tubuh seorang remaja lelaki dipercayai berusia 19 tahun, dipotong kepada hampir 10 bahagian, dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum disorok dalam pembetung saluran air longkang sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, di sini, hari ini.

Mangsa yang masih belum diketahui identitinya, dipercayai dibunuh tiga hari lalu, dan mayatnya dikerat-kerat sebelum dimasukkan ke dalam lima beg plastik.



Polis sedang berusaha memastikan motif, termasuk kemungkinan cemburu berebutkan wanita dalam pembunuhan kejam ala kes Mona Fandey pada 1993, yang memotong mayat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, kepada 18 bahagian.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pemilik rumah itu terhidu bau busuk ketika membersihkan rumahnya sebelum menemui pergelangan kaki lalu menghubungi polis.

Polis menerima panggilan pada 3.15 petang dan sepasukan polis menemui lima bungkusan plastik mengandungi keratan tubuh manusia sebelum menemui kepala yang ditanam di kawasan berhampiran rumah itu.

“Kami percaya mangsa adalah lelaki berusia bawah 20 tahun dan dibunuh di tempat lain. Berdasarkan keadaan anggota badan, kejadian mungkin berlaku lebih tiga hari lalu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Polis juga sedang menyiasat tempat dan cara mangsa dibunuh serta senjata yang digunakan, termasuk bagi mengerat mayat.

Setakat ini, seorang lelaki juga berusia bawah 20 tahun sudah ditahan di sebuah rumah berhampiran tempat kejadian bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, kita dapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” kata Mohad Idris.

Menurutnya, semua anggota badan itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.hmetro






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Mayat lelaki Ditemui Dipotong Kepala Serta Sepuluh Bahagian . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top