Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kenaikan Harga Minyak Masak, Ini keluhan Rakyat Susah Yang Patut Najib Baca

Kuala Lumpur: Tiada pilihan. Itu keluhan orang ramai yang terpaksa membeli minyak masak dalam botol dengan harga tinggi berikutan bahan asas makanan itu sangat diperlukan untuk memasak.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar raya sekitar Bandar Tun Razak, Cheras dan Bangsar mendapati minyak masak botol dijual dengan harga tinggi iaitu antara RM13 hingga RM28 untuk dua dan lima kilogram (kg).


Rata-rata pengguna mengeluh kerana mereka tiada pilihan walaupun mendapati harga dikenakan tidak masuk akal.

Seorang pesara kerajaan, Amin Aman Shah, 60, berkata, walaupun mahal dia terpaksa membeli juga minyak masak demi memastikan dapur mereka sekeluarga berasap kerana bahan itu adalah keutamaan dalam setiap masakan.

“Itu pun kami sekeluarga berjimat cermat menggunakan minyak masak kerana harganya yang terlalu mahal dan naik hari demi hari.

“Minggu lalu saya beli minyak masak botol dua kg harganya masih sekitar RM10, bagaimanapun hari ini (semalam) saya terkejut kerana harganya sudah berubah menjadi RM13,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Pekerja swasta, Aminah Sidek, 33, berkata, kenaikan harga minyak masak yang melampau membuatkan dia terpaksa mengurangkan makanan bergoreng ketika ini.


“Tetapi, pilihan makanan yang tidak bergoreng sangat terhad, saya terpaksa menggunakan minyak terpakai berulang kali kerana mahu berjimat.

“Saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meletakkan garis panduan kepada peniaga dan pemborong berapa harga berpatutan yang boleh dikenakan kepada pengguna, ini tidak, hari demi hari naik ikut suka hati,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di pasar raya dan kedai runcit di Bandar Seri Permaisuri, Cheras mendapati rak menempatkan minyak masak kosong.


Sumber: Harian Metro



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Kenaikan Harga Minyak Masak, Ini keluhan Rakyat Susah Yang Patut Najib Baca. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top