Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Jaminan Mahathir, Kita Tak Perlu Tunggu Lama Untuk Bebaskan Anuar

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang Sabtu lepas menyertai kempen “Bebaskan Anwar”, hari ini dalam satu kenyataan kepada sumber terdekatnya, berjanji bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara sekurang-kurangnya pada bulan Jun 2018.

Dr. Mahathir yang diakui masih mempunyai pengaruh yang begitu kuat dalam pentadbiran kerajaan, mengotakan janjinya untuk membebaskan Anwar lebih awal dari yang sepatutnya.  Jun 2018 bermaksud, Anwar bebas setahun setengah (18 bulan) lebih awal dari tempoh yang sepatutnya.

Maka itu rakyat boleh berasa lega dengan jaminan Dr. Mahathir ini.  Sekurang-kurangnya kita tidak perlu menunggu lama untuk melihat Anwar menjadi seorang yang bebas seperti dulu dan seterusnya memimpin kerajaan Malaysia dan rakyat ke arah kecemerlangan.

Cuma masalahnya sekarang ialah, bagaimana kalau Najib membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya sebelum tarikh tersebut?  Sempatkan Anwar bertanding dan menjadi Perdana Menteri mengikut peruntukkan undang-undang yang selayaknya?

Hal ini – menurut sumber yang berkenaan, Dr. Mahathir tidak mempunyai kawalan,  Beliau setakat mampu memberi jaminan Anwar akan bebas lebih awal dari hukuman 5 tahun yang dijatuhkan ke atasnya sahaja.







https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Jaminan Mahathir, Kita Tak Perlu Tunggu Lama Untuk Bebaskan Anuar . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top