Himpunan BERSIH 5 akan diteruskan seperti dijadualkan pada 19 November, di sebalik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BERSIH 2.0 bukan badan yang sah kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah berkata tidak ada keperluan untuk gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk didaftarkan dengan ROS.
"Dewan Bandaraya perlu henti memberi alasan bahawa Dataran Merdeka adalah harta swasta, kerana ia adalah milik rakyat dan Perarakan Merdeka tahunan juga diadakan di sana. Ia milik rakyat," katanya.
Maria juga merujuk, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 1 Julai, 2012 yang membatalkan pengharaman BERSIH 2.0 yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, yang ketika itu diterajui oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengisytiharkannya sebagai sebuah pertubuhan haram.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam keputusannya berkata pengisytiharan Hishammuddin adalah "tercemar dengan tidak rasional" kerana terdapat rundingan berlaku antara BERSIH 2.0 dan kerajaan.
Menurut Maria, memandangkan kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Datuk Rohana itu, maka keputusan mahkamah itu masih terpakai.
Tambahan pula, kata timbalan Maria, Shahrul Aman Mohd Saari, BERSIH secara rasmi berjaya menghadap dengan Yang di-Pertuan Agong suatu ketika dahulu, oleh itu bagaimana mungkin gabungan berkenaan diisytiharkan haram.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Khamis lalu berkata BERSIH dan gerakan ‘baju merah’ tidak didaftarkan di bawah ROS dan oleh itu mereka dilarang mengadakan perhimpunan.
Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Himpunan BERSIH 5 Akan Di Tentang Habis-Habisan Ini Pesanan Terakhir Maria Chin Kepada Rakyat Malaysia Yang Sertai BERSIH 2.0 . TOLONG SHARE...!