Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Gelar Ibrahim Ali Donald Trump, Ini Jawapan Pedas Terbaru Ibrahim Ali kepada Nur Jazlan

KUALA LUMPUR – Kemenangan Donald Trump menentang Hillary Clinton sebagai presiden Amerika Syarikat adalah sesuatu di luar jangkauan.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (Tok Him) secara berseloroh bahawa dia mungkin mempunyai peluang untuk menjadi perdana menteri, setelah Donald Trump terpilih sebagai presiden Amerika Syarikat.




Katanya, beliau telah dilabelkan sebagai ‘Donald Trump Malaysia’ oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Mac lalu.

“Datuk Jazlan melabel saya Ibrahim Ali Donald Trump Malaysia, bila Donald Trump menang dia diam. Ingatkan dia nak ucap tahniah pada saya. Tak ada nak ucap tahniah pun.

“Jangan main-main ya. Kita manusia boleh merancang, Allah taala yang menentukan,”kata Tok Him ketika ditanya sama ada menjadi PM adalah cita-cita beliau.

Beliau berkata berdasarkan kelayakan pendidikan, beliau juga mempunyai taraf ijazah sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Saya keluar masuk mahkamah hampir 50 kali dan berada dalam lokap berpuluh kali.

“Tolong doakan. Rakyat Malaysia pasti gembira dengan saya,” katanya.Tok Him juga mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengakui bahawa beliau telah “dilamar” oleh pihak tertentu.“Ada yang melamar (bertanding) kerana saya janda seksi.“Tapi saya pasti akan bertanding dalam pilihan raya, tapi saya tak tahu bagaimana (nak tanding).

Apabila ditanya parti mana yang melamar, beliau enggan mendedahkan nama parti tersebut. Buat masa ini beliau tidak berminat menyertai parti politik, lebih kepada mengukuhkan PERKASA. – The Malaysian Mirror



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Gelar Ibrahim Ali Donald Trump, Ini Jawapan Pedas Terbaru Ibrahim Ali kepada Nur Jazlan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top