Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Dengan hanya mengenakan bayaran serendah RM20 kepada pelanggan yang ingin melempiaskan nafsu.

GEORGETOWN - Dengan hanya mengenakan bayaran serendah RM20 kepada pelanggan yang ingin melempiaskan nafsu.




Golongan pelacur berusia lingkungan 40 hingga 60-an yang layak digelar nenek itu dikesan sanggup menjual tubuh kerana ketagihan heroin dan tidak kisah siapa sahaja pelanggan mereka.

Tinjauan di lokasi mendapati golongan pelacur berkenaan menjadikan bilik kecil dalam sebuah premis untuk menjalankan aktiviti mereka.

Bilik kecil terbabit hanya dilengkapi tilam berbau hapak serta hancing dan pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks mereka perlu membayar wang tambahan berjumlah RM5 untuk harga bilik. Bilik berkenaan disewa mereka dengan harga RM100 sebulan daripada pemilik premis.

Perbuatan mereka itu bagaimanapun terbongkar apabila 'port' mereka diserbu sepasukan anggota polis narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, semalam.

YDH Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid berkata, operasi terbabit dilakukan bermula jam 10 malam hasil maklumat orang ramai dan juga risikan polis.

Menurutnya, dalam operasi itu seramai 27 individu terdiri daripada 10 lelaki dan 17 wanita ditahan bagi membantu siasatan.

Semua mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk menjalani ujian air kencing dan kita akan melakukan operasi secara berterusan bagi membanteras gejala dadah ini katanya.


Penang Kini






Labels: kesihatan

TERIMA KASIH SUDI BACA Dengan hanya mengenakan bayaran serendah RM20 kepada pelanggan yang ingin melempiaskan nafsu.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top