Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

anak sakit mental tikam bapak kerana dilarang keluar rumah



Pelabuhan Klang: Bapa maut ditikam anak lelakinya dalam kejadian di Lintang Nau, Off Jalan Tengku Badar, di sini, awal pagi tadi.




Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di rumah keluarga itu.

Beliau berkata, mangsa, Ong Tun Hang, 58, ditemui mati di ruang tamu rumah dengan kesan tikaman di belakang bahu dan rusuk kiri.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa tidur di ruang tamu kerana tidak mahu anak bongsu daripada empat beradik yang juga suspek, Ong Shi Bao, 21, keluar rumah.

"Siasatan awal mendapati suspek mahu keluar rumah jam 8.30 malam tadi tetapi dihalang bapanya.

"Mangsa kemudian tidur di ruang tamu sebelum kira-kira jam 1 pagi, seorang anak perempuan terdengar jeritan bapanya.

"Isteri dan anak mangsa yang tidur di dalam bilik bergegas keluar sebelum mendapati mangsa berlumuran darah manakala suspek melarikan diri," katanya.

Menurutnya, suspek mempunyai masalah psikologi dan sudah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Alzafny berkata, mangsa ditikam dengan pisau dapur.

Katanya, suspek ditahan di kawasan perumahan itu kira-kira jam 10 pagi tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

http://www.hmetro.com.my/node/180870



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA anak sakit mental tikam bapak kerana dilarang keluar rumah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top