Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

4 Beradik Anak Anggota Polis Bukit Aman Hidup Hasil Pesundalan 3 Gadis

Melaka: Empat beradik yang juga anak penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan eksploitasi seks dan hidup hasil daripada persundalan daripada tiga perempuan, Ogos lalu.

Tertuduh Muhamad Suhail Mazlan, 26; Muhamad Syahfiz Mazlan, 24; Mohd Syibri Mazlan, 29; dan Muhamad Syahiran Mazlan, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga tertuduh bersama-sama didakwa memperdagangkan perempuan berusia antara 18 hingga 20 tahun bagi eksploitasi seks, mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi perbuatan itu mereka boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh pertama Muhamad Suhail didakwa bersama tiga lagi adik-beradiknya hidup hasil daripada persundalan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 372A KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan seterusnya, Muhamad Syahfiz, Mohd Syibri dan Muhamad Syahiran masing-masing didakwa hidup hasil daripada persundalan tiga gadis berkenaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 372A KK.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah resort di Ayer Keroh di sini, pada 10.45 malam, pada 26 Ogos 2016.

Prosiding pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Ravi tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kes ATIPSOM adalah kesalahan serius bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara selain mencadangkan jumlah ikat jamin RM40,000 bagi setiap tertuduh jika mahkamah menggunakan budi bicara.

Katanya, kesemua tertuduh juga diminta menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta melapor diri di balai polis setiap bulan.

Tertuduh yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork, merayu kepada mahkamah agar jumlah jaminan dikurangkan kerana keempat-empat beradik itu hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan selain bapa mereka bekerja sebagai penjawat awam manakala ibunya tidak bekerja.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh jamin RM40,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes..anak-ketam.info/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA 4 Beradik Anak Anggota Polis Bukit Aman Hidup Hasil Pesundalan 3 Gadis. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top