Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tengku Adnan Cadang Larang Motosikal 'Kap Chai' Masuk KL

▶Tengku Adnan Cadang Larang Motosikal 'Kap Chai' Masuk KL
KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengurangkan kadar pencemaran udara daripada penghasilan karbon dioksida oleh kenderaan bermotor, Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan untuk melarang kemasukan motosikal berkuasa rendah atau 'kap chai' ke pusat bandar Kuala Lumpur.


Bercakap semasa merasmikan kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di ibu kota semalam, Tengku Adnan menjelaskan kerajaan mungkin akan melarang motosikal atau kenderaan lain dari memasuki ibu kota setelah pengangkutan awam mencapai harga munasabah.

"Pada waktu siang, populasi (di ibu kota) meningkat antara lima hingga tujuh juta orang kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja," katanya.
Tambahnya, langkah kementeriannya melaksanakan program berkenaan dengan mengambil contoh negara lain dengan melarang motorsikal berkuasa rendah memasuki pusat bandar.

"Tetapi kajian menunjukkan masih ramai memerlukannya kerana mereka tidak mampu (menggunakan pengangkutan lain) kerana gaji yang rendah.
"Setelah adanya pengangkutan awam murah , kita akan melihat kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal 'kap chai' memasuki bandar," ujarnya.

Katanya lagi, kap chai yang merujuk kepada motosikal berkuasa 50 hingga 150 cc juga digunakan secara meluas oleh penjenayah untuk melakukan jenayah ragut.
Di Malaysia, sebanyak 500,000 motosikal didaftar dibawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap tahun.

Larangan kemasukan motosikal berkuasa rendah sudah berkuatkuasa di Hanoi, Vietnam, malah negara berkenaan akan melarang semua jenis kenderaan dua tayar tersebut dari memasuki pusat bandar bermula 2025.

Bandar utama seperti Madrid, Athens dan Mexico City juga bercadang untuk melarang semua jenis kenderaan berenjin diesel memasuki pusat bandar sementara Paris sudah melaksanakannya sejak 1997.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tengku Adnan Cadang Larang Motosikal 'Kap Chai' Masuk KL. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top