Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

seorang bayi lelaki berkepala dua , kejadian kembar bercantum berlaku berlaku apabila wanita menghasilkan hanya satu telur yang tidak berpisah




Mexico: Gambar ini menunjukkan bayi dengan dua kepala yang dilahirkan Ciudad Juarez, Mexico.

Gambar serta rakaman video bayi ini disiarkan di media sosial sejak hujung minggu lalu, dipercayai saudara ibu bayi berkenaan yang terkejut dengan keganjilan itu.

Menurut Daily Mail, pasukan perubatan dan doktor enggan memberi penjelasan lanjut mengenai kes yang amat ganjil itu namun mengesahkan ibu bayi berkenaan dalam keadaan stabil.

Doktor kini sedang ‘memikirkan’ masa depan bayi itu yang berkongsi tubuh dan organ dalaman namun mempunyai dua otak.

Sebelum ini, kes kembar ganjil yang biasa ditemui ialah kembar siam yang berlaku dalam satu bagi 100,000 kehamilan

Jurnal perubatan menyatakan kejadian kembar bercantum berlaku berlaku apabila wanita menghasilkan hanya satu telur yang tidak berpisah sepenuhnya sebelum ia disenyawakan.

Sebahagian besar kembar bercantum tidak hidup lama kerana organ mereka tidak mampu menampung keperluan tubuh. Dianggarkan 40 peratus mati sebelum atau sebaik dilahirkan manakala 35 peratus lagi mati beberapa hari kemudian.

Antara kes terbaru sebelum ini, seorang bayi lelaki berkepala dua dilahirkan di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru, Ajmer, Rajasthan, India pada 4 Oktober tahun lalu, oleh wanita berusia 20 tahun namun bayi itu meninggal dunia 32 jam kemudian.





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: pelik

TERIMA KASIH SUDI BACA seorang bayi lelaki berkepala dua , kejadian kembar bercantum berlaku berlaku apabila wanita menghasilkan hanya satu telur yang tidak berpisah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top