Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Sebiji pisang juga dilihat diikat pada celah kelangkang lelaki itu dan dua biji telur ayam dilekat di dadanya-KEJAM



Rizhao (China): Satu rakaman video yang viral di media sosial di China menunjukkan seorang lelaki diikat pada belakang sebuah kereta dan dibawa bersiar-siar di bandar ini.

Video berkenaan dirakam seorang pengguna jalan raya yang terkejut melihat seorang lelaki diikat pada belakang sebuah jip menggunakan pita pelekat.

Sebiji pisang juga dilihat diikat pada celah kelangkang lelaki itu dan dua biji telur ayam dilekat di dadanya.

Lelaki itu yang matanya ditutup hanya mampu mendiamkan diri ketika kenderaan itu melalui sebatang jalan raya yang sibuk di bandar ini.

Menurut media di China, lelaki itu bakal berkahwin tidak lama lagi dan rakan-rakannya mengikatnya pada belakang jip itu sebagai cara meraikannya.

Video berkenaan dirakam pada 15 November lalu tetapi ia mula viral di media sosial di China baru-baru ini.

Walaupun rakan-rakan lelaki itu hanya mahu bergurau tetapi pengguna media sosial berpendapat tindakan itu sangat bahaya dan langsung tidak lucu.

“Rakan-rakan mungkin mahu meraikan hari bahagia lelaki itu tetapi mereka mungkin boleh menyebabkan dia terbunuh,” kata seorang pengguna.

Sudah menjadi tradisi golongan muda di China untuk memalukan atau memaksa bakal pengantin membuat aksi yang kadangkala membahayakan bagi meraikan rakan mereka yang menamatkan zaman bujang.



http://www.hmetro.com.my/node/186392









Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA Sebiji pisang juga dilihat diikat pada celah kelangkang lelaki itu dan dua biji telur ayam dilekat di dadanya-KEJAM. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top