Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

"SAYA TAK ADA LESEN, LU MAU APA"-ketua samseng cheras


"SAYA TAK ADA LESEN, LU MAU APA"


JSPT KL - (1)(L)(I) yang juga seorang pekerja hotel di Ibu Kota ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras oleh Insp. Dev dari Bahagian Penguatkuasa/Ops JSPTKL.

Suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC, ditahan semasa "Ops Roda" di Jalan Yaakob Latif.

Anggota Penguatkuasa/Ops telah meminta suspek menunjukkan lesen memandu, akan tetapi suspek telah berkata dengan nada yang tinggi "SAYA TAK ADA LESEN, LU MAU APA". 

Semasa anggota JSPT KL hendak mengambil tindakan saman, suspek berkata "Saya KETUA GANGSTER CHERAS, PANGGIL LU PUNYA BOSS BESAR MARI SEKARANG SAYA MAU JUMPA TAKADA HAL". 

Suspek ditangkap dan dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut. Pemeriksaan dibuat didapati (11) tatoo di tubuh badan suspek. Suspek disiasat dibawah Sek 52(3) Akta Pertubuhan 1966.
▶Trafik KL/JSPT KL






Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA "SAYA TAK ADA LESEN, LU MAU APA"-ketua samseng cheras. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top